Runtuhkan kondominium demi Gunung Fuji

Runtuhkan kondominium demi Gunung Fuji

Runtuhkan kondominium demi Gunung Fuji
Gunung Fuji. FOTO Agensi

Tokyo: Sebuah firma pembangunan di Jepun mengumumkan akan merobohkan kondominium yang hampir siap selepas kejiranan mengadu bangunan itu menghalang pandangan mereka ke Gunung Fuji, lapor United Press International (UPI).

Syarikat pemaju perumahan berpangkalan di Osaka itu, Sekisui House berkata bangunan 10 tingkat, 18 unit di Kunitachi, Prefektur Tokyo, akan dirobohkan hanya beberapa minggu sebelum penduduk terawal sepatutnya berpindah ke unit kediaman masing-masing.

Pemaju sebelum ini membuat konsesi termasuk mengurangkan pelan daripada 11 tingkat kepada 10 tingkat dan mengurangkan ketinggian setiap tingkat selepas penduduk tempatan mengadu ia akan menghalang pandangan mereka ke Gunung Fuji, gunung tertinggi di Jepun.



Syarikat itu dalam satu kenyataan yang diberikan kepada Kyodo News menjelaskan, keputusan dibuat untuk merobohkan bangunan yang dikenali sebagai Grand Maison Kunitachi Fujimi Dori, kerana tidak cukup pertimbangan untuk kesan negatif ke atas pemandangan.

“Kami menyedari budaya yang mementingkan pemandangan, tetapi kami gagal mempertimbangkannya dengan secukupnya. Kami juga memohon maaf kepada pihak yang berkontrak,” kata kenyataan itu.

Pemaju berkata, bakal pemilik kondo yang membeli unit di bangunan itu dengan harga kira-kira AS$446,000 (kira-kira RM2.1 juta) setiap satu akan diberikan pampasan kewangan.

Runtuhkan kondominium demi Gunung Fuji

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

RCI PBP- Mahathir berisiko digelar “pengkhianat”, dilucut “Tun” dan mungkin kena bayar berbilion ganti rugi.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button