Arab Saudi lancar aplikasi 3D bimbing jemaah haji

Arab Saudi lancar aplikasi 3D bimbing jemaah haji

Arab Saudi lancar aplikasi 3D bimbing jemaah haji
Sebahagian jemaah haji yang sudah tiba di Makkah. – FOTO AFP

Makkah: Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi telah memperkenalkan aplikasi realiti maya 3D dalam pelbagai bahasa untuk membimbing jemaah melaksanakan amalan-amalan dalam Haji dan Umrah, menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA)

Menurut laporan itu, usaha berkenaan bertepatan dengan kehadiran para jemaah di negara itu untuk menunaikan haji dan bertujuan melatih pengguna cara yang betul mengerjakan rukun haji dan umrah, di samping mengurangkan kesilapan yang biasa dilakukan ketika ibadah tersebut.

Laporan itu menyebut model 3D dan teknologi realiti maya yang diperkenalkan adalah selari dengan Wawasan Arab Saudi 2030, yang menekankan penggunaan teknologi untuk menambah baik perkhidmatan kepada jemaah haji.



“Aplikasi itu menyediakan lawatan secara maya yang memberi gambaran persekitaran Masjidil Haram serta tempat suci lain seperti Mina, Arafat dan Muzdalifah.

“Aplikasi ini mewujudkan persekitaran untuk pendidikan yang memberikan gambaran sebenar geografi dan realiti melaksanakan amalan-amalan ini, justeru membantu mengatasi halangan yang bakal dihadapi jemaah Haji dan Umrah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Beranikah Lim Lip Eng Di Siasat Sebagaimana Hannah Yeoh




Laporan itu turut menyebut aplikasi dalam pelbagai versi itu memenuhi keperluan jemaah dari negara dan bahasa berbeza.

Aplikasi pelbagai bahasa dan pelbagai persekitaran realiti maya untuk mengajar Haji dan Umrah itu juga telah memenangi beberapa anugerah kebangsaan dan serantau susulan sumbangannya dalam menyediakan persekitaran maya yang menggambarkan dengan tepat kawasan sebenar serta kronologi amalan Haji dan Umrah selain membantu jemaah mengatasi halangan atau masalah.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, agensi itu melaporkan Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melancarkan suatu inisiatif yang menyasarkan untuk mengukuhkan nilai toleransi dan kesederhanaan dalam kalangan jemaah ketika musim Haji dan menggalakkan advokasi secara lembut dan berhikmah.

Laporan itu menyebut usaha tersebut yang dilancarkan dengan kerjasama Presidensi Umum Suruhanjaya Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, bertujuan menasihati jemaah serta menggesa mereka mengikut panduan Nabi Muhammad, selain membetulkan kesilapan yang mungkin berlaku dalam kalangan jemaah ketika melaksanakan ritual-ritual haji.



Arab Saudi lancar aplikasi 3D bimbing jemaah haji

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

RCI PBP- Mahathir berisiko digelar “pengkhianat”, dilucut “Tun” dan mungkin kena bayar berbilion ganti rugi.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button