Penyasaran Subsidi Diesel Yang Tersasar

Penyasaran Subsidi Diesel Yang Tersasar

Penyasaran Subsidi Diesel Yang Tersasar

 

Bermula dari 10 Jun 2024, kerajaan sudah mula melaksanakan penarikan subsidi bahan api diesel di Semenanjung Malaysia.

Sementara harga bahan api tersebut di Sabah dan Sarawak akan dikekalkan.



Alasan yang diberikan kerajaan adalah kerana majoriti pengguna kenderaan bermotor di Sabah dan Sarawak menggunakan bahan api diesel.

Dengan penarikan subsidi bahan api diesel, maka harganya akan di apungkan mengikut harga pasaran.

Ini menyaksikan kenaikan harga bahan api diesel sebanyak RM1.20 atau 55.8% dan dijual dengan harga RM3.35 bagi setiap liter.

Menurut Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, keputusan tersebut diambil untuk membendung ketirisan diesel subsidi yang kerugian berbilion ringgit kepada negara.



Kerajaan berbelanja sebanyak RM14.3 bilion untuk subsidi diesel pada tahun 2023.

“Malaysia tidak mampu untuk terus kerugian berbilion ringgit akibat penyeludupan dan penyelewengan diesel yang berleluasa.”

“Sedangkan wang itu lebih baik dibelanjakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan membangunkan negara,” jelas beliau.

Selaras dengan itu kerajaan menyalurkan beberapa skim bantuan terus kepada rakyat yang terkesan bagi meringankan kesan kenaikan harga bahan api tersebut.



“Kumpulan pertama yang meliputi lebih 30,000 penerima bakal memanfaat bantuan BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM200 yang didepositkan ke dalam akaun bank mereka pada 10 Jun 2024.”

“Individu layak yang belum memohon BUDI Individu atau BUDI Agri-Komoditi masih boleh menerima bantuan bagi bulan Jun 2024.”

“Sekiranya mereka membuat permohonan sebelum akhir Jun 2024,” tambah beliau.

BUDI Individu & BUDI Agri-Komoditi Mesti Di Bezakan

 



Bagi penulis, penerima BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi sepatutnya menerima bantuan yang berbeza.

Ini adalah kerana kuantiti penggunaan bahan api diesel bagi kedua-dua kumpulan tersebut adalah berbeza.

BUDI Individu hanya menggunakan bahan api diesel untuk kenderaan persendirian mereka.

Manakala kategori BUDI Agri-Komoditi tidak hanya menggunakan bahan api diesel untuk kenderaan persendirian mereka sahaja.



Kebanyakan jentera yang mereka gunakan untuk industri pertanian menggunakan bahan api diesel.

Sudah tentulah kuantiti penggunaannya jauh lebih banyak dari kategori BUDI Individu, tetapi bantuan yang diterima adalah sama, RM200 sebulan.

Akhirnya mereka tidak ada pilihan selain menyerapkan kenaikan kos tersebut kepada pengguna akhir, iaitu rakyat.

Apabila ini berlaku, sudah pasti kenaikan harga barang keperluan harian tidak dapat dibendung.



Masih belum terlambat untuk kerajaan mengkaji semula untuk melakukan penambahbaikan bantuan yang diberi.

 

Penyasaran Subsidi Diesel Yang Tersasar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button