Akhirnya.. keluarga Zayn Rayyan bersatu

Oleh – Syeikh Baran


Akhirnya.. keluarga Zayn Rayyan bersatu
Nenek Zayn Rayyan (tengah) bersama ahli keluarga yang lain ketika keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya petang ini. – Foto oleh SHIDDIQIEN ZON/ KOSMO!

Setelah hampir dua minggu berpisah, kesemua ahli keluarga Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin akhirnya dapat berkumpul semula.

Peguam yang mewakili bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari iaitu Fahmi Abd Moin berkata, anak guamnya serta seluruh keluarga meluahkan rasa syukur kerana dapat menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.



Katanya lagi, anak guamnya turut bersyukur kerana tidak dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Saya berasa sangat lega kerana selepas 13 hari direman, dilepaskan. Macam-macam spekulasi dan cerita akhirnya… (dibebaskan).

“Sedih dituduh tetapi bersyukur tidak dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dituduh ikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh diikat jamin.

“Kita lihat perkembangan kes ini. Untuk keluarga sangat bersyukur dan mungkin ini adalah rezeki hari raya korban (Aidiladha),” katanya.



Terdahulu, Zaim dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf keluar dari pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya selepas selesai membayar wang ikat jamin sebanyak RM20,000 pada 12.40 tengah hari tadi.

Pada pukul 2.30 petang, datuk dan nenek Zayn Rayyan iaitu Zahari Mohd. Reba dan isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan selama 24 jam bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik tersebut.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button