Pengeluaran Akaun 3 tidak pengaruhi strategi pelaburan KWSP

Pengeluaran Akaun 3 tidak pengaruhi strategi pelaburan KWSP

Pengeluaran Akaun 3 tidak pengaruhi strategi pelaburan KWSP
PENGELUARAN daripada Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan menjejaskan strategi pelaburan KWSP. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Pengeluaran daripada Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan menjejaskan strategi pelaburan dana persaraan itu berikutan ia akan dilaksanakan dalam jumlah terkawal dan rangka kerja yang teratur, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Zulqarnain Onn.

Beliau berkata KWSP telah menjangkakan pengeluaran sehingga RM25 bilion daripada Akaun 3 pada tahun pertama, diikuti dengan anggaran RM5 bilion pada tahun seterusnya.

“Keseluruhan aset pelaburan KWSP berjumlah RM1.2 trilion. Oleh itu, pengeluaran ini sebenarnya boleh diurus, dapat diramalkan dan tidak membimbangkan,” katanya sambil memaklumkan langkah ini tidak seperti pengeluaran sebelum ini apabila ahli KWSP telah mengeluarkan RM145 bilion daripada dana itu.



Beliau berkata demikian semasa sesi perbincangan ‘Fireside Chat 2’, yang diadakan bersempena dengan Simposium Sasana 2024 anjuran Bank Negara Malaysia.

Sesi berkenaan yang menumpukan kepada aspek simpanan persaraan dikendalikan oleh Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan di Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hussein.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Bawa Ke Mahkamah




KWSP dilaporkan telah meluluskan 3.04 juta permohonan untuk mengeluarkan sebanyak RM5.52 bilion daripada Akaun 3 setakat 22 Mei, mencetuskan kebimbangan mengenai potensi peralihan portfolio pelaburan dana itu kepada aset yang sangat cair untuk memudahkan pengeluaran.

Ini, seterusnya, akan memberi kesan kepada pulangan pelaburan dana memandangkan aset yang sangat cair seringkali menjana pulangan rendah.

Mengulas selanjutnya mengenai strategi pelaburan KWSP, Ahmad Zulqarnain berkata pengagihan semula aset berisiko rendah kepada aset berisiko tinggi akan berlaku dalam pasaran domestik, namun akan dilaksanakan secara berhemat.

“Infrastruktur dalam pasaran domestik (adalah sesuatu yang boleh kami lihat), dan kami optimis mengenai bagaimana perkara ini berkembang pada masa ini.



“Segmen tertentu seperti pusat data dan logistik perindustrian sebenarnya berada dalam fasa pertumbuhan kukuh dan meletakkan modal di sini akan memberikan anda jumlah (pulangan) yang lumayan, begitu juga dengan produk semikonduktor, elektrik dan elektronik,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI PBP- Mahathir berisiko digelar “pengkhianat”, dilucut “Tun” dan mungkin kena bayar berbilion ganti rugi.




KWSP mencapai pertumbuhan sebanyak 4.2 peratus tahun ke tahun pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024 dan mengekalkan prospek optimis terhadap ekonomi domestik dan global.

Pengeluaran Akaun 3 tidak pengaruhi strategi pelaburan KWSP

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button