Keluar panduan kemudi landskap dasar Malaysia

Keluar panduan kemudi landskap dasar Malaysia

Keluar panduan kemudi landskap dasar Malaysia
NAMA dan logo terbaharu Proton e.MAS di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam.

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan edisi pertama ‘Panduan Praktikal untuk Modal Teroka (VC) dan Ekuiti Swasta (PE) di Malaysia.’

Badan kawal selia itu dalam kenyataan berkata panduan ini akan melengkapkan bakal pengurus dana VC dan PE, penyedia perkhidmatan dan pelabur dengan pengetahuan praktikal mendalam untuk mengemudi landskap dasar Malaysia yang mentadbir operasi sektor ini.

“Kandungan utama panduan ini termasuk maklumat mengenai peraturan pasaran modal tempatan yang berkaitan dengan industri VC dan PE, dasar pertukaran asing, perihal percukaian, pertimbangan struktur dana dan bidang lain yang penting untuk membiayai operasi,” katanya dalam satu kenyataan.



SC berkata penerbitan panduan ini adalah sebahagian daripada usahanya untuk memupuk sektor pasaran swasta yang lebih dinamik bawah Pelan Induk Pasaran Modal 3.

Usaha ini sejajar dengan usaha lebih luas SC untuk mendalamkan saluran pembiayaan berasaskan pasaran untuk perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dan syarikat peringkat pertengahan (MTC), katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Bawa Ke Mahkamah




“Inisiatif ini akan meningkatkan peranan pengurus dana profesional dan membina pangkalan pelabur lebih dinamik yang mampu menyalurkan pelaburan ke arah usahawan dan PMKS.

“Panduan ini juga menyokong agenda nasional KL20 untuk memantapkan Malaysia sebagai ekosistem permulaan terkemuka di peringkat antarabangsa dengan menyediakan panduan praktikal untuk bakal pengurus dana dan pelabur yang ingin menubuhkan atau memperluaskan keberadaan mereka di Malaysia,” katanya.

Pengerusi SC Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin dalam kenyataan sama berkata, dengan kejelasan mengenai landskap perniagaan Malaysia bagi firma VC dan PE, SC bermatlamat untuk membina komuniti pelabur profesional yang lebih dinamik demi menyokong usahawan di Malaysia.

Menurut kenyataan itu, VC dan PE merupakan komponen penting dalam ekosistem pembiayaan alternatif bagi pasaran modal Malaysia.



Pada 2023, komitmen dana keseluruhan untuk VC dan PE berjumlah RM17.85 bilion, dengan peningkatan daripada RM16.08 bilion pada 2022.

Pelaburan VC dan PE menyumbang RM5.9 bilion daripada jumlah dana yang dikumpulkan di pasaran modal Malaysia dari 2017 hingga 2023, kata SC.

Keluar panduan kemudi landskap dasar Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button