LBS umum dividen tertinggi pernah direkodkan
LBS umum dividen tertinggi pernah direkodkan
Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS) melalui Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke–24 mengumumkan pengagihan dividen tertinggi pernah direkodkan, untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FYE2023).
Ia meliputi dividen satu peringkat akhir (Dividen Akhir) sebanyak 1.35 sen sesaham dan dividen interim satu peringkat pertama (Dividen Pertama) sebanyak 1.35 sen sesaham yang diumumkan pada 17 April 2024, menjadikan jumlah keseluruhan dividen LBS bagi FYE2023 adalah 2.70 sen sesaham.
LBS dalam kenyataan berkata, dividen ini merupakan yang tertinggi pernah direkodkan berikutan prestasi kewangan LBS yang teguh dan konsisten.
“Dengan mengutamakan pencapaian keputusan yang mantap, LBS telah meraih pencapaian penting ini sekaligus menunjukkan komitmen untuk menyampaikan nilai yang besar kepada pemegang saham di samping imbuhan ganjaran di atas kepercayaan dan keyakinan pelabur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dividen Pertama dan Dividen Akhir akan dibayar masing-masing pada 16 Julai 2024 dan 12 September 2024 kepada pemegang saham yang namanya tertera dalam Rekod Pendeposit LBS pada 28 Jun 2024 dan 30 Ogos 2024.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dendam Mahathir Yang Tiada Penghujung Terhadap Istana Johor
- Datuk Dan Nenek Allahyarham Zayn Rayyan Di Tahan Polis
Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San berkata, kelulusan resolusi AGM ke-24 ini mencerminkan prospek positif dalam kalangan pemegang saham serta Lembaga Pengarah.
“Keputusan sebulat suara ke atas kesemua resolusi merupakan bukti tadbir urus kukuh, visi yang strategik serta prestasi mantap kewangan Kumpulan.
“Ahli lembaga pengarah turut berterima kasih kepada pemegang saham di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dan berharap agar kejayaan dan pulangan yang lebih baik akan turut diperoleh pada tahun berikutnya,” katanya.
Sementara itu, Hock San berkata, setakat 31 Mei 2024, LBS telah mencatatkan jualan belum dibil sebanyak RM1.71 bilion yang turut diiktiraf secara progresif pada tahun-tahun akan datang.
“Bersandarkan keluasan bank tanah sebanyak 2,661 ekar, LBS akan terus memacu pertumbuhan dan keuntungan, di samping memberi komitmen untuk memaksimumkan nilai pemegang saham sekaligus memberikan pulangan jangka panjang yang lestari,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Jangan Hipokrit Dalam Isu Subsidi Bersasar
- Sekarang Masa Yang Tepat Untuk Rafizi Keluarkan Formula
Menurutnya, LBS telah melancarkan tiga projek baharu, iaitu D’Island Residence, Alam Perdana Central Hub dan Bandar Saujana Putra yang mempunyai nilai gabungan sebanyak RM1.1 bilion.
“LBS akan terus berusaha untuk mencapai dan mengekalkan kejayaan. Dengan visi yang jelas, strategi yang kukuh dan komitmen terhadap kecemerlangan, saya yakin Kumpulan akan mencapai tahap yang lebih tinggi di masa akan datang.
“Dedikasi LBS terhadap nilai-nilai sosial serta pemuliharaan alam sekitar, adalah selaras dengan komitmen berterusannya untuk menerapkan kelestarian ke dalam model perniagaan.
“Usaha ini bukan sahaja memperkukuhkan tanggungjawab sosial korporat, malah ia memberi manfaat jangka panjang untuk alam sekitar selain dari meningkatkan daya saing pasaran,” katanya.
LBS umum dividen tertinggi pernah direkodkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penyasaran Subsidi Diesel Yang Tersasar
- Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Dakwa Abai Anak, Siapa Pembunuh Rayyan?
- Apa motif sidang media Mahathir berkenaan RCI PBP? Mahu pengaruhi media kah?