Peluang nikmati tawaran eksklusif
Peluang nikmati tawaran eksklusif
Subang Jaya: Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menjalin kerjasama eksklusif dengan Boost Bank bagi menawarkan penjimatan dan keistimewaan kepada pelanggan setia Mydin yang mendaftar aplikasi itu.
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata, menerusi kerjasama ini, pelanggan yang menggunakan Boost Bank berpeluang menikmati penjimatan eksklusif dengan nilai terbaik ketika mereka berbelanja di pasar raya Mydin.
“Menerusi kerjasama ini kami mahu memberikan peluang kepada pelanggan Mydin menikmati pelbagai diskaun yang disediakan khas untuk mereka apabila berbelanja menggunakan aplikasi Boost Bank.
“Oleh itu, kami amat menggalakkan pelanggan Mydin untuk mendaftar dan membuka akaun Boost Bank di cawangan Mydin bagi menikmati penjimatan dan keistimewaan ditawarkan,” katanya ketika ditemui media di majlis pengumuman kerjasama eksklusif antara Mydin dan Boost Bank di sini, semalam.
Menurutnya, sempena kerjasama ini Mydin menawarkan promosi membabitkan barangan keperluan seperti gula pasir (harga asal RM2.85), Tepung Gandum (harga asal RM2.80), Sardin MyRasa (harga asal RM5.50) serta Roti Gardenia (harga asal RM4.00) yang dijual pada harga rata RM2 bermula semalam hingga 23 Jun ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dendam Mahathir Yang Tiada Penghujung Terhadap Istana Johor
- Datuk Dan Nenek Allahyarham Zayn Rayyan Di Tahan Polis
Di samping itu, beliau berkata, pihaknya juga menggalakkan pembayaran secara digital bagi mempercepatkan dan memudahkan proses bayaran di kaunter.
Katanya, kerjasama strategik antara Mydin dan Boost Bank ini turut menawarkan kadar faedah harian eksklusif sehingga 4.0 peratus setahun (dibayar secara mingguan) kepada pelanggan Mydin yang membuka akaun Boost Bank apabila memasukkan deposit sekurang-kurangnya RM2,000 ke dalam Savings Jars dan membelanjakan minimum RM50 sebulan melalui aplikasi Boost di mana-mana cawangan Mydin dari 13 Jun hingga 30 September 2024.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, Fozia Amanulla berkata, kerjasama dengan Mydin menekankan misi Boost Bank untuk memupuk inklusi kewangan dan mempermudahkan perbankan untuk semua rakyat Malaysia.
Menurutnya, melalui aplikasi Boost Bank, pelanggan Mydin akan menikmati penjimatan dan keistimewaan eksklusif seperti kadar faedah yang lebih tinggi melalui Boost Bank Savings Jars.
“Pengalaman perbankan digital tanpa batasan ini bertujuan untuk mengubah cara pelanggan berbelanja dan menguruskan kewangan mereka, menyediakan kemudahan dan faedah kewangan yang dipertingkatkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Jangan Hipokrit Dalam Isu Subsidi Bersasar
- Sekarang Masa Yang Tepat Untuk Rafizi Keluarkan Formula
“Kami teruja untuk menawarkan penyelesaian kewangan yang inovatif kepada pelanggan setia Mydin, memastikan mereka dapat membeli-belah dan melakukan urusan perbankan dengan mudah dan pantas,” katanya.
Beliau berkata, kerjasama itu turut direalisasikan melalui DuitNow Online Banking oleh PayNet, yang membolehkan pengalaman pemindahan wang dalam talian yang lancar ke dalam akaun Boost Bank.
“Selain itu, dengan kad debit yang akan datang dan sangat dinantikan daripada Boost Bank, yang dikuasakan oleh skim MyDebit oleh PayNet, pelanggan boleh menikmati akses yang lebih mudah dan selamat kepada dana bank digital mereka tidak lama lagi,” katanya.
Peluang nikmati tawaran eksklusif
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penyasaran Subsidi Diesel Yang Tersasar
- Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Dakwa Abai Anak, Siapa Pembunuh Rayyan?
- Apa motif sidang media Mahathir berkenaan RCI PBP? Mahu pengaruhi media kah?