Gadis tawar seks melalui Omi dihantar ke Henry Gurney

Oleh – Syeikh Baran


Gadis tawar seks melalui Omi dihantar ke Henry Gurney
Remaja perempuan berusia 20 tahun dihantar ke Sekolah Henry Gurney selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit dengan aktiviti persundalan.

Mahkamah Majistret, di sini, hari ini mengarahkan seorang remaja perempuan berusia 20 tahun untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney sehingga berusia 21 tahun selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit dengan aktiviti persundalan.

Majistret, Kartini Kasran membuat perintah itu selepas mendengar laporan akhlak yang dibentangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di mahkamah hari ini.



Remaja itu mengaku bersalah di hadapan Kartini selepas didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati mencari pelanggan bagi maksud persundalan di sebuah bilik hotel di Gemas pada pukul 2.30 petang 3 Mei lalu.

Mengikut fakta kes, remaja perempuan berkenaan ditangkap selepas pekerja hotel membuat laporan polis berhubung kegagalan remaja tersebut membayar sewa bilik hotel.

Hasil pemeriksaan ke atas remaja berkenaan telah menjumpai satu beg berwarna hitam mengandungi tiga paket kondom dan mengaku terlibat dalam aktiviti pelacuran.



Remaja berkenaan mengakui telah menawarkan perkhidmatan seks kepada beberapa lelaki berbeza melalui aplikasi termasuk aplikasi Omi kepada seorang lelaki dengan nilai antara RM400 hingga RM500.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Untuk rekod, 10 Mei lalu, remaja berkenaan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah atas tuduhan melakukan aktiviti persundalan, namun, Majistret Saiful Sayoti mengarahkan laporan akhlak dibentangkan terlebih dahulu sebelum keputusan dijatuhkan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button