Ramai tak percaya gadis cantik balik Kelantan naik motosikal
Oleh – Syeikh Baran
Tindakan seorang gadis yang nekad menunggang motosikal dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai, Kelantan mengundang perhatian ramai.
Menerusi perkongsian hantaran bebenang di laman Instagramnya, @amiey_yaacob, dia menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan mengatakan tempoh perjalanannya mengambil masa lima jam untuk sampai ke destinasi.
Menurutnya, dia tidak mempunyai kenderaan lain dan ini bukan kali pertama dia menunggang motosikal untuk balik ke kampungnya di Kelantan.
“Ada yang tidak percaya bila saya kata mahu balik Kelantan dengan menaiki moto. saya tak ada kereta, jadi saya ‘merempit’ dengan solo saja untuk balik kampung,” katanya.
Meninjau ke ruang komen, rata-rata semua pengguna media sosial kagum dengan tindakannya kerana sebagai seorang wanita, menunggang moto dalam tempoh yang lama sangat mencabar dan susah.
“Saya memang respect (hormat) kakak ini. Sejenis berdikari dan kuat semangat. Hati-hati, kongsi lokasi dengan keluarga, jangan kerap sebar di media sosial takut ada yang memerhati” komen @cassie.dee.
“Salute (hormat) adik, lima jam lebih kurang bawa kereta sahaja, lagi parah kalau memandu, jam, lebih baik kapcai. Jaga diri dan hati-hati selalu,” komen @zatyqhabel.
“Awak memang kental dan rare (luar biasa) saya tabik sebab untuk perempuan biasanya akan cepat sakit pinggang. Semoga dipermudahkan urusan,” komen @matt_adil.
Sumber – KOSMO! ONLINE