Kanak-kanak dipukul guru tadika sebab enggan ke bilik air

Oleh – Syeikh Baran


Kanak-kanak dipukul guru tadika sebab enggan ke bilik air
Gambar Hiasan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas dipukul guru wanita di Pandamaran, di sini baru-baru ini.

Kejadian itu terbongkar selepas bapa mangsa menerima gambar anaknya mengalami kecederaan pada pipi dan belakang badan pada pukul 12.30 tengah hari, 13 Mei lalu.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati mangsa yang sedang mengikuti pembelajaran dalam kelas membuang air besar di dalam seluar.

Katanya, seorang guru tadika berusia 25 tahun kemudian menyuruh mangsa ke bilik air.

“Bagaimanapun, kanak-kanak itu enggan bangun dari kerusinya sebelum dipukul di bahagian pipi oleh guru tadika tersebut.

“Hasil pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mendapati mangsa mengalami kecederaan ‘soft tissue injury’ di pipi,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Polis kemudian membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan telah mendapat arahan pertuduhan daripada Timbalan Pendakwa Raya, semalam.

“Suspek akan dituduh esok di Mahkamah Majistret Klang di sini mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber – KOSMO!ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button