Lagi kes suami bunuh isteri

Oleh – Syeikh Baran


Lagi kes suami bunuh isteri
Wong Choon Foo (tengah) berdepan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Kampung Simee, kelmarin. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

Seorang penjaja ‘chee cheong fun’ berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Kampung Simee, kelmarin.

Tertuduh, Wong Choon Foo, 56, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret S. Punitha.



Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada Yew Mee Foong, 48, di sebuah rumah di Laluan Simee 11, Kampung Simee, Ipoh antara pukul 8.30 hingga 9 pagi, 12 Jun 2024

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Vatchira Wong Rui Fern tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam dan memohon tarikh sebutan baru bagi menunggu laporan kimia.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan 19 Ogos depan untuk sebutan semula kes.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button