Ibu Aliff Aziz Kembali Muncul Dengan Kata-Kata Islamik
Selepas Aliff Aziz Sah Menceraikan Isterinya, Bella Astillah
Ibu Aliff Aziz Kembali Muncul Dengan Kata-Kata Islamik
Selepas berakhirnya kes perceraian penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah, ibu kepada penyanyi itu, Siti Hafiza Basharahil, kembali muncul dengan kata-kata hikmah di media sosial Instagramnya.
Siti Hafiza atau mesra disapa Fiza, meluahkan rasa syukur dan memberi nasihat yang penuh makna kepada pengikutnya.
“Alhamdulillah di hari Khamis yang penuh barakah ini kami memanjatkan syukur dan Allah permudahkan semua urusan serta beri ketenangan pada kami sekeluarga. Yang baik semuanya dari Allah dan sebaliknya adalah khilaf dari kami yang daif dan tidak sempurna.
“Pada anda yang sentiasa mendoakan kami, masya-Allah hanya Allah dapat membalas jasa baik kalian dan sebaliknya, tabarakallah kami ucapkan,” tulisnya dalam Instagram.
Fiza menekankan pentingnya belajar dari kesalahan sendiri dan menjaga ketenangan hati.
“Hati yang tenang itu sangat mahal harganya dan hanya Allah yang dapat memberikan kita ketenangan. Sebagai insan, wajib belajar dari segala kekhilafan dan mohon Allah kekalkan semoga kita terus istiqamah menjadi insan lebih baik,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Fiza turut memberi nasihat supaya berusaha dalam kehidupan sebelum menyerahkan segala-galanya kepada Allah.
“Ajal, maut, rezeki, kebahagiaan dan semuanya Allah yang tentukan. Kita terus berusaha selebihnya kita bertawakkal kepadaNya,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, akaun Instagram Fiza tiba-tiba lenyap apabila kontroversi terbaharu anak lelakinya dengan seorang wanita asal Singapura, Sarah Yasmine, menjadi perbualan hangat.
Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff mencapai kemuncaknya selepas Aliff ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Pada 11 Mac lalu, Bella memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Aliff secara ‘fast track’ dengan alasan sudah tiada lagi persefahaman dan mawaddah (cinta dan kasih sayang).
Semalam, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean yang kini berusia 6 tahun dan Ara Adreanna berusia 3 tahun.
Ibu Aliff Aziz Kembali Muncul Dengan Kata-Kata Islamik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat
- BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.