Anas Tahir – Saya Pernah Berlakon Dengan Mawi

Bukan Sebab Kawan Konti

Anas Tahir – Saya Pernah Berlakon Dengan Mawi

Anas Tahir - Saya Pernah Berlakon Dengan Mawi

Keakraban sebagai sahabat bukanlah ‘tiket’ untuk penyampai radio, Anas Tahir, terbuka menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Mawi iaitu ‘Zim Zim Ala Kazim’.

Mawi bagi kepercayaan kepada saya

Anas Tahir - Saya Pernah Berlakon Dengan Mawi



Menerusi temu bual bersama OhBulan! Anas berkata, dia sedar ramai mengaitkan keakraban mereka sebagai rakan konti di sebuah stesen radio. Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa mereka pernah berlakon sekali sebelum ini antaranya ‘Tiada Tajuk’.

Tidak, bukan sebab kawan konti, saya memang dah pernah berlakon dengan Mawi sebelum ini antaranya Tiada Tajuk.

Disoal mengenai senang atau susah bekerja dengan Mawi, Anas menyifatkan pelantun suara Aduh Saliha itu seorang yang profesional dan memberi kepercayaan penuh kepadanya untuk menjayakan watak yang ditawarkan.

Tambah Anas, pada awalnya dia juga ragu-ragu untuk menerima tawaran tersebut kerana komitmen kerja yang padat.



Mawi bagi kepercayaan kepada saya, ada watak yang Mawi rasa saya boleh bawa.

Pada asalnya saya menolak untuk melakonkan watak ini sebab sibuk bekerja tetapi bos luluskan cuti untuk penggambaran jadi saya teruskan sajalah.

Saya hanya ikut arahan yang diberikan oleh Mawi sepanjang penggambaran berlangsung. Apa yang dia suruh saya buat saja.

Anas ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Zim Zim Ala Kazim di Petaling Jaya, baru-baru ini.



Anas Tahir – Saya Pernah Berlakon Dengan Mawi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button