Mahathir Akan Lakukan Apa Sahaja Untuk Ganggu Siasatan RCI Batu Puteh
Mahathir Akan Lakukan Apa Sahaja Untuk Ganggu Siasatan RCI Batu Puteh
Bukan lagi rahsia, mantan perdana menteri sebanyak 2 kali, Dr Mahathir, sangat fobia dengan siasatan kehilangan kedaulatan negara ke atas Pulau Batu Puteh.
Di era Ismail Sabri menjadi perdana menteri, beliau telah menubuhkan task force untuk menyiasat kes Pulau Batu Puteh.
Penulis tidak faham kenapa Ismail Sabri perlu menubuhkan task force dan bukannya RCI untuk menyiasat kes Pulau Batu Puteh.
Akibatnya apabila Dr Mahathir enggan berikan kerjasama dengan task force yang ditubuhkan, tidak ada sebarang tindakan undang-undang boleh diambil.
Kerana task force ditubuhkan adalah dengan mandat kabinet dan tidak ada dalam perlembagaan negara.
Manakala RCI pula ditubuh dan dilantikn jawatankuasanya oleh YDP Agong dan perlembagaan menetapkan sekiranya enggan memberikan kerjasama, boleh ditangkap dan dipenjarakan.
Sebaik sahaja penubuhan RCI Pulau Batu Puteh, melalui peguamnya, Dr Mahathir membayangkan tidak akan hadir sekiranya dipanggil untuk beri keterangan oleh RCI Pulau Batu Puteh.
Alasannya, ada keraguan ke atas ahli jawatankuasa RCI Pulau Batu Puteh yang dilantik.
Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi, Azalina Othman, memberikan peringatan tindakan yang boleh diambil sekiranya engkar.
Dr Mahathir akhirnya akur dan terpaksa hadir apabila diminta untuk memberikan keterangan.
Sebaik sahaja selesai memberikan keterangan, Dr Mahathir dengan segera membuat sidang media yang cuma dihadiri beberapa orang wartawan.
Dalam sidang media tersebut, Dr Mahathir menjelaskan beberapa perkara.
Pertama, beliau mempertahankan keputusan yang diambil adalah secara kolektif oleh kabinet setelah diberikan pandangan oleh peguam luar.
Kita semua tahu, di era Pakatan Harapan 1.0, menteri yang dilantik adalah menteri yang tidak berpengalaman untuk mengkaji hal perundangan antarabangsa.
Dan kesemua mereka baharu sahaja dilantik dan adalah mustahil untuk membantah kerana kuasa lantikan menteri adalah kuasa prerogatif perdana menteri.
Apa Mahathir Maksudkan Risiko Sekiranya Di Teruskan Semakan Kehakiman?
Dr Mahathir juga beberapa kali mengulangi, peguam luar termasuk Queen Councel memberitahu beliau, ada risiko sekiranya meneruskan semakan kehakiman.
Agak pelik kenyataan Dr Mahathir.
Ketika merayu untuk semakan kehakiman, kita sebenarnya sudah pun dilucutkan hak ke atas Pulau Batu Puteh.
Keputusan yang paling buruk kepada Malaysia adalah ICJ mengekalkan keputusan tersebut.
Jadi, apa risikonya dan tidak salah kalau kita teruskan semakan kehakiman kerana sekiranya bernasib baik, Pulau Batu Puteh akan dikembalikan kepada Malaysia.
Apakah di Malaysia ini sudah tidak ada peguam-peguam hebat yang mahir dalam perundangan antarabangsa sehingga terpaksa mendapatkan pandangan dari peguam luar negara?
Terkini, melalui Haniff Khatri, Dr Mahathir sekali lagi cuba mengganggu proses siasatan RCI Pulau Batu Puteh.
Dalam kenyataannya, Haniff Khatri, merayu kepada YDP Agong supaya mendedahkan lapuran RCI Pulau Batu Puteh kepada umum.
Adakah Haniff Khatri cuba membawa naratif bahawa siasatan RCI Batu Puteh adalah siasatan yang tidak adil?
Sebagai peguam kanan, sudah tentu beliau tahu lapuran RCI Pulau Batu Puteh itu dilindungi di bawah OSA kerana ianya melibatkan keselamatan negara.
Mengapa diminta perkara yang sememangnya mustahil untuk dilakukan?
Kalau betul Dr Mahathir merasakan dirinya benar, berikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan RCI Batu Puteh.
Berani kerana benar dan takut kerana salah.
Mahathir Akan Lakukan Apa Sahaja Untuk Ganggu Siasatan RCI Batu Puteh
Di Syorkan Untuk Anda:
- LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat