Shopee, KKM lancar kempen Pek Kasih Mama
Shopee, KKM lancar kempen Pek Kasih Mama
Kuala Lumpur: Shopee Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan kempen Pek Kasih Mama bagi menyediakan sokongan kepada ibu di seluruh Malaysia.
Sebanyak 1,000 pek penjagaan disediakan untuk kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini.
Shopee menerusi kenyataan berkata, kempen Pek Kasih Mama adalah komitmen pihaknya untuk menyediakan sokongan jangka panjang kepada golongan ibu.
Katanya, melalui kerjasama strategik dengan KKM, Shopee membantu meningkatkan akses kepada barangan penjagaan mampu milik untuk anak dan ibu.
Setiap pek dipilih dengan teliti merangkumi barangan penjagaan bayi dan ibu seperti lampin disahkan oleh KKM, tisu basah bayi, produk mandian, tuala, keperluan penyusuan anak dan produk penjagaan kulit yang selamat untuk wanita hamil dan yang menyusukan anak.
“Kod QR akan diletakkan secara strategik di pelbagai acara kerajaan yang ditetapkan di seluruh negara, supaya ibu mudah mendaftar secara percuma ke Shopee Mum’s Club yang menawarkan pelbagai faedah seperti baucar dan diskaun eksklusif, kandungan keibu bapaan, tips dan nasihat keibu bapaan melalui sesi Shopee Live,” katanya.
Shopee, KKM lancar kempen Pek Kasih Mama
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Membawa Sukarelawan Mengajar Bahasa Inggeris Dari Singapura, Apakah Ada Agenda Tersembunyi?
- Tun Raus persembahkan laporan RCI Batu Puteh kepada YDPA, semoga ada yang didakwa jika bersalah.
- Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat
- BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden