Wan Saiful Cuba Beri Tekanan Kepada YDP Dewan Rakyat
Wan Saiful Cuba Beri Tekanan Kepada YDP Dewan Rakyat
Mungkin kerana tidak yakin akan berlaku kekosongan 6 kerusi parlimen yang kini disandang oleh ahli parlimen PPBM, Wan Saiful mengeluarkan kenyataan yang sangat tidak wajar.
Dalam ciapan diĀ akaun Facebook beliau, jelas Wan Saiful cuba berikan tekanan kepada YDP Dewan Rakyat, Johari Abdul, supaya mengisytiharkan kekosongan di kesemua 6 kerusi parlimen.
“Keputusan Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan sudah dijangka.”
“Ini kerana mengikut peraturan undang-undang tubuh negeri dan Perlembagaan Persekutuan, apabila berlaku keguguran, maka kerusi yang dipegang adalah kosong.”
“Bagi saya, ini mewujudkan satu precedent dalam negara.”
“Apabila dikosongkan kerusi di Kelantan, maka di peringkat Dewan Rakyat tidak ada alasan untuk mengatakan kerusi mereka tidak kosong.”
“Saya berharap Speaker Dewan Rakyat akan memastikan ada sedikit uniformity (keseragaman).”
“Dalam pelaksanaan peraturan-peraturan DUN dan Dewan Rakyat setelah melihat apa yang berlaku di Kelantan.”
“Saya yakin Johari mahu dikenali sebagai seorang yang berpegang dengan prinsip kebebasan badan legislatif berbanding badan eksekutif serta bebas pengaruh daripada parti-parti politik.”
“Dengan prinsip itu, saya pasti Johari pun faham dan sedar.”
“Beliau tidak ada pilihan untuk mengisytiharkan enam kerusi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat itu, kosong juga.”
“Sekiranya precedent ini tidak dihormati atau tidak dituruti dari segi uniformity, mungkin akan wujud satu krisis Perlembagaan,” ciap beliau.
Tidak perlulah Wan Saiful memberikan tekanan kepada YDP Dewan Rakyat.
Bukankah beliau sendiri yang mahu Johari membuat keputusan tanpa pengaruh dari mana-mana pihak.
Sejak bila pula perlembagaan persekutuan mesti mengikut precedent perlembagaan di peringkat negeri?
Jelas dalam perlembagaan, undang-undang peringkat negeri yang tidak selaras dengan undang-undang di pusat akan terbatal dengan sendiri.
Soalan penulis kepada Wan Saiful, yakinkah PPBM mampu pertahankan kesemua kerusi tersebut sekiranya pilihanraya kecil diadakan?
Wan Saiful Cuba Beri Tekanan Kepada YDP Dewan Rakyat
Di Syorkan Untuk Anda:
- Mahathir Akan Lakukan Apa Sahaja Untuk Ganggu Siasatan RCI Batu Puteh
- Perlukah Perdana Menteri Yang Umumkan Penurunan Harga Telur
- Membawa Sukarelawan Mengajar Bahasa Inggeris Dari Singapura, Apakah Ada Agenda Tersembunyi?