PPBM Akan Berputih Mata Sekiranya YDP Dewan Rakyat Membuat Keputusan Bertentangan Dari Keputusan YDP DUN Kelantan

PPBM Akan Berputih Mata Sekiranya YDP Dewan Rakyat Membuat Keputusan Bertentangan Dari Keputusan YDP DUN Kelantan

PPBM Akan Berputih Mata Sekiranya YDP Dewan Rakyat Membuat Keputusan Bertentangan Dari Keputusan YDP DUN Kelantan

 

Seperti yang dijangkakan, YDP DUN Kelantan, Mohd Amar, sudah pasti akan mengisytiharkan kekosongan luar jangka DUN Nenggiri.

Ia adalah ekoran dari tindakan ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim, menyatakan sokongan kepada kerajaan yang memerintah sekarang.



Ianya telah membuatkan PPBM dengan segera meminda perlembagaan parti mereka.

Sudah pasti tujuannya adalah untuk membuka ruang kepada kekosongan DUN atau parlimen apabila keahlian parti gugur.

Sebenarnya banyak kelemahan teknikal yang terdapat dalam pengisytiharan kekosongan tersebut.

Masih banyak ruang yang boleh menyebabkan mahkamah mengekalkan kedudukan Mohd Azizi.



Sebelum Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, mendabik dada mendakwa pindaan perlembagaan parti yang dilakukan adalah teratur, ada beberapa perkara yang perlu beliau teliti.

Pengisytiharan kekosongan yang dilakukan oleh YDP DUN Kelantan adalah perlembagaan di peringkat negeri.

Keabsahan pengisytiharan tersebut boleh dipertikaikan atau menjadi asas yang kuat untuk dicabar di mahkamah.

Lebih-lebih lagi sekiranya YDP Dewan Rakyat membuat keputusan yang bertentangan dengan keputusan YDP DUN Kelantan.



Dalam perlembagaan dengan jelas menyatakannya.

Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang tidak selaras dengan undang-undang pusat, maka undang-undang pusat mengatasinya.

Sekiranya ini keputusan bertentangan YDP Dewan Rakyat diguna pakai dalam Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, maka keputusan YDP DUN Kelantan akan terbatal.

Ini adalah kerana asas kepada pengisytiharan adalah sama di peringkat pusat dan negeri.



Sekiranya ini berlaku, bukan sahaja kerusi DUN Nenggiri akan dikekalkan.

Malah kesemua 6 kerusi parlimen yang PPBM idamkan juga akan dikekalkan.

 

PPBM Akan Berputih Mata Sekiranya YDP Dewan Rakyat Membuat Keputusan Bertentangan Dari Keputusan YDP DUN Kelantan

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button