Keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram tiba di mahkamah

Oleh – Syeikh Baran


Keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram tiba di mahkamah
Salah seorang ahli keluarga suspek yang di dakwa di mahkamah Seksyen Jenayah, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

Lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini, pada 17 Mei lalu, tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru, pukul 9 pagi ini.

Kelima-lima mereka itu dikawal ketat hampir 30 anggota polis.



Mereka difahamkan akan menghadapi beberapa pertuduhan termasuk Seksyen 130J (1) (a) Kanun Keseksaan.

Pada 24 Mei lalu, semua lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, itu dilaporkan ditahan dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), selepas tempoh reman mereka berakhir pada hari yang sama.

Semua mereka terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak dan adik kepada penyerang berusia 21 tahun akan ditahan di bawah SOSMA selama 28 hari.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button