‘Lembu dah lenyap, tangan masih tak lepas’
Oleh – Syeikh Baran
Gelagat seorang bapa dan anak perempuannya yang terkedu apabila lembu korban mereka terlepas ketika melakukan akad jual beli mengundang perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @LieYa, dua beranak tersebut sedang yang sedang melafazkan akad dikejutkan dengan suasana kecoh apabila haiwan ternakan tersebut terlepas.
Berdasarkan video berkenaan, haiwan tersebut sudah beberapa kali mencuba untuk melepaskan diri namun dikawal ketat penjaga.
Bagaimanapun, haiwan tersebut terlepas menyebabkan dua beranak tersebut terhenti untuk meneruskan akad.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial geli hati apabila dua beranak tersebut tidak melepaskan tangan dan memerhatikan lembu tersebut yang terlepas.
“Lama sangat mereka salam, lembu dah lenyap, tangan masih tak dilepas. Melayang duit pak cik, baru nak merasa duit lembu sabar ya,” komen @Najiey.
“Lucu lah pak cik mak cik ini, tak hairan dah nak teruskan akad jual beli, mata pusing ke lembu dulu,” komen @zulkarnain.
“Akad lama sangat, ibarat pak cik itu berkata ‘selagi lembu tak dapat, kamu jangan lepas salam, jual beli tetap jalan’,” komen @antomi.
Sehingga kini video tersebut mendapat 380,000 tontonan, 18,000 tanda suka dan 3,200 perkongsian.
Sumber – KOSMO! ONLINE