Lelaki maut, motosikal melulu keluar simpang

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki maut, motosikal melulu keluar simpang
YONG CHING (gambar kecil) maut di lokasi selepas sebuah motosikal Benelli keluar simpang secara melulu di Jalan Fatimah, Melaka, malam tadi.

Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi patah kaki selepas motosikal yang mereka tunggang berlanggar di Jalan Fatimah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, mangsa Ng Yong Ching, 33, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.



Seorang lagi penunggang motosikal jenis Benelli berusia 59 tahun mengalami patah kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Malim menghala ke Taman Merdeka.

“Si mati sedang bergerak lurus di lorong kanan jalan sebelum datang motosikal Benelli dari arah sebelah kiri yang tiba-tiba keluar simpang sehingga menyebabkan berlakunya perlanggaran.

“Akibat kemalangan itu dia mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian, manakala penunggang Benelli mengalami patah kaki kanan dan telah dirawat di zon kuning hospital Melaka,” katanya kepada pemberita hari ini.



Mengulas lanjut beliau berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan sikap penunggang Benelli berkenaan yang keluar simpang secara melulu tanpa memeriksa kehadiran kenderaan lain.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button