Berang isteri tuntut fasakh punca lelaki tikam hingga mati

Oleh – Syeikh Baran


Berang isteri tuntut fasakh punca lelaki tikam hingga mati
Lokasi hotel dimana seorang lelaki telah menikam isterinya hingga mati pagi tadi.

Berang kerana isteri mahu meneruskan tuntutan fasakh menjadi punca seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila menikam wanita itu hingga mati.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md. Noor Aehawan Mohammad berkata, lelaki berusia 36 tahun itu menikam isterinya menggunakan sebilah pisau yang dijumpai di lokasi kejadian.



Katanya, kejadian di sebuah hotel di Pekan Batu Gajah itu terbongkar selepas suspek sendiri tampil menyerah diri kepada polis sekitar pukul 2 petang.

“Suspek hadir ke Balai Polis Batu Gajah dan mengaku telah membunuh isterinya berusia 32 tahun di sebuah bilik di hotel berkenaan.

“Pemeriksaan di hotel tersebut menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri bersama senjata yang digunakan untuk menikamnya. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan semakan, pasangan suami isteri itu datang ke hotel berasingan dan menginap di hotel itu sejak semalam.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button