Muafakat Melayu gagal kerana ada individu seperti Annuar Musa dan Kluster Broker
Oleh Adam Malik.
Perpaduan Melayu hancur kerana ada individu seperti Annuar Musa dan sahabat Kluster Broker nya.
Mungkin setelah lihat dirinya semakin hanyut dan tidak releven dalam dunia politik maka Tan Sri Annuar Musa fikir beliau harus buat “come back” dengan beri kenyataan popular.
Kenyataan popular yang dipilihnya adalah berkenaan konsep Muafakat Melayu.
Konon dengan ada Muafakat Melayu maka ia boleh menghidupkan kembali penyatuan Melayu.
Sambil itu TSAM merindui kepada kemuafakatan yang pernah wujud antara UMNO, PAS dan Bersatu.
Sayang seribu kali sayang, cubaan TSAM untuk memperbodohkan orang UMNO dan Melayu tidak mungkin akan berjaya lagi.
Sejarah bukan kisah lama tetapi sejarah hanya tiga empat tahun lalu sahaja.
Kini TSAM tidak penting dalam PAS.
Dalam PAS pun ramai lebai yang pelahab mahu jawatan dan Mercedes.
Buat rugi apa beri laluan kepada Annuar.
Maka TSAM harus tonjolkan diri.
Masih segar di ingatan orang UMNO dan Melayu berkenaan tindak tanduk PAS dan Bersatu terhadap umno ketika wujud kemuafakatan Melayu.
Lebih di ingati adalah peranan orang orang seperti TSAM sendiri yang dibantu oleh Hishamuddin Hussin, Khairy Jamalludin Ismail Sabri dan beberapa orang lagi individu dari umno.
Selain umno ditikam dari belakang oleh PAS dan Bersatu, umno juga ditikam oleh Sikitol dari umho yang berkerja ikut arahan Tun Mahathir melalui Muhyiddin Yassin.
Mereka mereka ini yang sudah dijerut lehernya oleh Tun Mahathir begitu setia buat kerja anarki untuk menghancurkan umno dari dalam.
Bermodalkan kes yang direka oleh kerajaan Mahathir terhadap Presiden UMNO para sikitol pun jadikan alasan untuk menjatuhkan Presiden dan diganti dengan Presiden barua yang akan bawa umno sujud kepada Mahathir.
Tidak diketahui kenapa mereka sangat akur menjalani titah perintah Mahathir dan Muhyiddin.
Ada khabar menyatakan kesemua mereka ada kes dan skandal yang diketahui oleh Mahathir lalu terpaksa akur dengan perintah.
Sama ada kes boleh menang atau kalah namun, jika ada dakwaan sahaja pun sudah cukup menyusahkan turun naik mahkamah dan nama tercemar, maka lebih baik sahaja mereka akur kepada “Tuan” mereka.
Jika tidak sebab ini, apa lagi sebab untuk akur dan sanggup lawan Parti dan Presiden sendiri?
PAS pula secara sulit membuat hubungan dengan Bersatu demi mahu menyingkir umno dan Presiden umno.
Maka, seronok kah ada Muafakat Melayu seperti ini?
Kenapa orang seperti TSAM sendiri tidak desak Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin untuk berundur?
Hari ini Muhyiddin Yassin terpalit dengan hampir tujuh kes rasuah, AMLA dan penyelewengan dana?
Kenapa TSAM, Hishamuddin, Khairy dan Ismail Sabri tidak desak Muhyiddin supaya berundur?
Takut kenapa?
Takut kepada Mahathir atau Muhyiddin?
Syarat untuk Umno kembali bermuafakat harus bermula dengan Muhyiddin, Hamzah Zainuddin, Azmin, Tuan Ibrahim dan Haji Hadi berundur dulu, boleh terima kah?
Selagi ada mereka , memang sukar untuk bermuafakat antara PAS, Bersatu dan UMNO kerana Mahathir boleh “remote” kesemua mereka ini untuk kepentingan nya.
Jadi, TSAM usah lah hendak berangan lagi berkenaan muafakat Melayu selagi ada anasir anasir yang menjadi alat Mahathir.
Persoalan lain, jika ada penyatuan, siapa pula akan “lead”?
Muhyiddin kah? Hadi kah?
Maka jika bergeser dan bertelagah antara Zahid dan Muhyiddin tentang siapa akan jadi ketua, tentu sekali nama Mahathir akan dicadangkan sebagai sesuai, tidak begitu kah?
Ini kerana Hadi memang tidak cukup cerrik untuk memimpin atas sebab parti nya banyak kerusi pun diserah kepada Bersatu untuk jadi Imam.
PAS rela hati jadi makmum kepada Kluster Mahkamah dalam Perikatan Nasional.
Rumusan nya mudah sahaja.
TSAM harus pamir dulu kejujuran bersama sama Hishamudfin Hussin, Khairy Jamaluddin dan Ismail Sabri untuk desak Muhyiddin yang banyak kes supaya berundur terlebih dulu.
Setelah itu baru boleh cerita.
Ahli umno tidak sebodoh ahli PAS.
Mahathir hanya perlu pegang tengkok 3 pemimpin PAS dan beliau perolehi seluruh PAS.
Pegang tengkok bapak ayam , Mahathir dapat seluruh reban ayam.
Tapi dengan pegang tengkok Kluster Broker Mahathir masih gagal dapat umno sujud kepada nya.
Amat beza ahli umno yang berfikir dibandingkan dengan Ahli PAS yang taksub.
Kepada TSAM sila cuba lagi dilain hari.
Seperti kata Presiden Datuk Ahmad Zahid, UMNO tidak mahu dipatuk oleh ular yang sama dilubang yang sama dua kali.