Kenapa Usaha ‘Come Back’ Mahathir Sentiasa Gagal

Kenapa Usaha 'Come Back' Mahathir Sentiasa Gagal

Kenapa Usaha ‘Come Back’ Mahathir Sentiasa Gagal

 

Dr Mahathir sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia sebanyak 2 kali.

Untuk berlaku adil, penulis tidak boleh menafikan sepanjang 22 tahun + 22 bulan menjadi perdana menteri, pasti ada jasa beliau kepada rakyat dan negara.



Antara jasa beliau yang mesti kita akui adalah kejayaan beliau merubah landskap negara dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian.

Namun begitu, di setiap jasa yang beliau taburkan, sebenarnya terselindung onar yang besar.

Cuma ketika kali pertama beliau menjadi perdana menteri, kita masih lagi belum terdedah dengan dasar langit terbuka.

Maklumat yang sampai kepada rakyat hanya melalui media cetak dan media elektronik yang dikawal oleh kerajaan dan juga proksi pemerintah.



Setiap maklumat yang sampai kepada rakyat, ditapis sepenuhnya oleh kerajaan yang memerintah.

Rakyat tidak ada peluang untuk melakukan semak imbang atas setiap maklumat yang disampaikan.

Tetapi kini, apabila akses kepada maklumat berada di hujung jari setiap orang, rakyat boleh menilai semula setiap maklumat yang disampaikan oleh media pro kerajaan.

Bukan sahaja apa yang sedang berlaku, malah apa yang sebenarnya berlaku dalam Perang Dunia Pertama juga rakyat boleh mengetahuinya.



Jadi tidak hairanlah mengapa Dr Mahathir hanya mampu bertahan cuma 22 bulan ketika menjadi perdana menteri kali kedua.

Pada penulis, jeda waktu 22 bulan ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri kali kedua sebenarnya adalah period hukuman atas dosa yang telah beliau lakukan selama 22 tahun.

Walau pun cuba mengamalkan dasar pemerintahan matlamat menghalalkan cara yang sama ketika 22 tahun memerintah, tetapi kali ini ianya tidak berkesan.

Setiap apa yang beliau lakukan, akan mendapat respon segera dari rakyat.



Rakyat Mula Meragui Mahathir

 

Cetusan kemarahan rakyat yang pertama di era Pakatan Harapan 1.0 adalah mengenai isu hasrat kerajaan ketika itu meratifikasi ICERD.

Ianya telah menjadi pencetus kepada gelombang penolakan rakyat kepada setiap calon Pakatan Harapan 1.0 dalam semua pilihanraya kecil yang diadakan.

Rakyat mula meragui imej suci Dr Mahathir yang sebelum itu mereka sanjung.



Memburukkan keadaan Dr Mahathir, pemimpin yang pernah menjadi anggota kabinet beliau telah bertukar menjadi seteru politik beliau.

Dengan dibantu oleh mereka, satu demi satu dosa yang pernah dilakukan Dr Mahathir terbongkar.

Setelah mendapat maklumat dari dari seteru politik Dr Mahathir yang baru, rakyat mula mencari bukti kebenaran dakwaan itu melalui internet.

Sangat mengejutkan apabila rakyat mendapati apa yang didakwa seteru politik Dr Mahathir itu adalah benar.



Tetapi, kesilapan terbesar yang Dr Mahathir lakukan adalah dengan melakukan kezaliman terlampau ke atas DS Najib dan ahli keluarga beliau.

Dr Mahathir dilihat beraja di mata dan bersultan di hati ketika melaksanakan misi membalas dendam ke atas DS Najib.

Maklumat perbicaraan di kamar mahkamah dan ketergesaan untuk memenjarakan DS Najib walau pun dengan membakul sampahkan keadilan terus menimbulkan kemarahan rakyat.

Kemuncak penolakan rakyat ke atas Dr Mahathir adalah melalui keputusan PRU 15.

Kerana kemarahan dan kebencian rakyat terhadap beliau, bukan beliau sahaja, malah parti politik yang beliau pimpin telah ditolak sepenuhnya.

Lebih memalukan, kesemua calon dari parti politik pimpinan beliau kehilangan duit deposit.

Di tengah kemuncak kebencian rakyat, Dr Mahathir masih lagi dilihat seperti tidak sedar diri dan syok sendiri.

Walau pun kalah teruk dalam PRU 15, beliau masih lagi menganggap diri beliau masih relevan dalam dunia politik terkini tanah air.

Tetapi setiap kenyataan dari Dr Mahathir kini diperlekehkan oleh rakyat.

Beliau kini ibarat harimau tua yang sudah tiada taring tetapi masih lagi bernafsu untuk menjadi hulubalang rimba.

 

Kenapa Usaha ‘Come Back’ Mahathir Sentiasa Gagal

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button