Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil

Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil

Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil

 

Agak lama penulis tidak mendengar sebarang kenyataan dari ahli politik suam-suam kuku, Annuar Musa.

Seingat penulis, ketika pilihanraya kecil DUN Kuala Kubu Baharu yang baru lepas, tidak ada sebarang kenyataan dari Annuar Musa.



Penulis tidak pasti sama ada beliau ada turun berkempen untuk Perikatan Nasional dalam pilihanraya kecil Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Kemudian diisytiharkan pula kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Sejak diisytiharkan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap, sekali lagi Annuar Musa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Mungkin masih belum habis healing di dalam gua…😜😜😜



2 hari lepas, YDP DUN Kelantan, Mohd Amar, mengisytiharkan kekosongan luar jangka DUN Nenggiri, Kelantan.

Secara tiba-tiba, Annuar Musa mula bercakap mengenai perpaduan Melayu.

Mengapa?

Mungkin pada bacaan politik Annuar Musa, kekosongan luar jangka DUN Nenggiri akan mencerahkan peluang untuk 6 kerusi parlimen diisytiharkan kosong oleh YDP Dewan Rakyat.



Dan sekiranya bacaan politik Annuar Musa betul, maka beliau mesti merebut peluang untuk bertanding di dalam salah satu dari 6 kerusi parlimen yang kosong itu.

Peluang keemasan ini tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Tetapi yang menjadi masaalah kepada Annuar Musa, beliau kini berada di luar radar pemimpin Perikatan Nasional, terutamanya PAS, kerana lama menyepikan diri.

Untuk kembali berada di dalam radar, beliau mesti kembali aktif membuat kenyataan politik supaya dapat menarik perhatian pemimpin Perikatan Nasional.



Ini akan membuka laluan agar nama beliau disenaraikan dalam salah satu kerusi parlimen yang kosong.

Jadi, sebagai pemanas badan, isu perpaduan Melayu adalah isu yang mudah untuk beliau mainkan.

Paling penting, mesti kaitkan UMNO dalam isu tersebut.

Kerana ianya pasti akan mengundang respon dari pemimpin UMNO.



Lalu ianya akan membuka ruang untuk berbalas kenyataan dengan pemimpin UMNO dan beliau akan dilihat sebagai masih relevan.

Terus terang sajalah kalau hendak bertanding dalam pilihanraya kecil, tak perlu menunggang isu perpaduan Melayu.

Malu apa bossku…🤣🤣🤣

 



Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button