JDT, Selangor sah wakili Malaysia

JDT, Selangor sah wakili Malaysia

JDT, Selangor sah wakili Malaysia
JDT bakal berdepan cabaran sengit pasukan-pasukan dari Asia Barat, Jepun dan China pada saingan ACLE musim ini.

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan penyertaan dua kelab Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC untuk mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan (ACL2) pada musim 2024/2025.

Seperti dijangka, skuad Harimau Selatan meraih slot automatik pada kejohanan baharu anjuran AFC itu selepas bergelar juara Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut musim lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan AFC semalam, setiap pasukan ACLE akan menerima wang penyertaan minimum sebanyak AS$800,000 (RM3.8 juta) dengan juara meraih AS$12 juta (RM56.5 juta)



“ACL2 melibatkan 24 pasukan daripada zon timur dan barat dengan setiap kumpulan akan dibahagikan kepada 12 kelab setiap zon. Lapan pasukan terbaik pada peringkat liga akan layak ke pusingan 16 terbaik ACLE musim ini.

“Proses undian saingan ACLE dijadualkan berlangsung pada Ogos depan dengan aksi peringkat liga akan bermula pada September hingga Februari 2025,” kata kenyataan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Saiful Cuba Beri Tekanan Kepada YDP Dewan Rakyat




Antara kelab yang bersaing pada kempen ACLE kali ini adalah Al Ain, Al Ahli, Al Nassr, Vissel Kobe, Kawasaki Frontale, Ulsan HD dan Shanghai Port.

Sementara itu, Selangor FC kendalian Nidzam Jamil pula akan bersaing pada kempen ACL2 selepas muncul naib juara Liga Super musim lepas dan akan bersaing dengan 31 lagi kelab hebat di benua Asia.

“32 kelab yang bersaing ACL2 akan dibahagikan kepada lapan pasukan dengan saingan berlangsung pada September hingga Disember nanti.

“Setiap pasukan yang bersaing di peringkat awal akan meraih minimum AS$300,000 (RM1.4 juta) dengan johan akan menerima AS3.28 juta (RM15.4 juta),” kata kenyataan AFC.



Skuad Gergasi Merah berpotensi bertemu dengan kelab-kelab ternama Asia seperti Jeonbuk Hyundai Motors, Sancfreece Hiroshima dan Sydney FC.

JDT, Selangor sah wakili Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button