Mahathir pamir pekung sendiri apabila bicara penjualan aset negara.
Oleh Adam Malik
Mahathir pamir pekung sendiri apabila bicara penjualan aset negara.
Mahathir tiada “locus standi” bicara penjualan aset negara.
Kenyataan Tun Mahathir berkenaan tindakan menjual sebahagian saham Malaysian Airports Holding Berhad (MAHB) kepada syarikat terkait Yahudi amat memualkan.
Sama ada fakta yang Mahathir sindir dalam penulisan nya betul atau tidak , itu soal kedua.
Sini-
Apa yang hendak diulas oleh portal kami adalah berkenaan tuan punya badan yang menegur penjualan itu, yakni Tun Dr Mahathir sendiri.
Jika dilihat kepada fakta dan rekod, Mahathir paling tidak “qualify” dan hilang kelayakan berbicara soal penjualan aset dan harta negara.
Mungkin individu lain lebih sesuai adalah mereka mereka yang ada “morale standing” boleh mempersoal berkenaan penjualan aset negara.
Tidak perlu kita pergi jauh dari zaman aset negara seperti syarikat Penerbangan MAS dan lain lain yang digadai oleh Mahathir kepada kroninya atas nama “pengswastaan” dan alasan “National interest”
Kisah sejarah bawah 5-6 tahun pun sudah cukup menjijikan berkaitan rekod penjualan aset oleh Mahathir.
Lihat bawah-
Maka, apabila Mahathir menyibuk dalam isu penjualan saham MAHB, boleh dianggap sebagai membuka pekungnya sendiri.
Selain membuka pekung , Mahathir mungkin mahu mengalih tumpuan rakyat dari isu RCI Pulau Batu Puteh yang beliau hadapi.
Malah isu menyerah Pulau Batu Puteh secara bertindak gelojoh dan bersendirian kepada Singapura juga telah membuat Mahathir hilang kelayakan untuk membicara hal hal kepentingan negara.
Ini kerana Mahathir bertindak sendiri dan secara gelojoh ada lah “Mother of all betrayal”.
Ramai masih ingat lagi pemerintahan rejim Mahathir selama duapuluh dua bulan setelah berjaya menumbang kerajaan Melayu UMNO.
Kerajaan 22 bulan Mahathir selang seli kisah 1mdb untuk menutup kisah menjual aset negara.
Apa yang memualkan adalah begitu banyak aset negara dijual dalam waktu singkat , hutang negara juga juga meningkat mendadak dalam waktu yang sama.
Kemana kah wang wang jual aset itu dibelanjakan? Atau dialihkan?
Ini kerana dalam waktu 22 bulan juga Syarikat minyak PETRONAS juga dijarah dua kali menjadikan total hampir RM80 bilion dengan bayaran dividen tahunan dan “special dividend”.
Kiraan mudah sekurang kurang nya hutang negara susut RM110 bilion namun sebalik nya bertambah menjadi RM1.2 trillion dari RM686 billion.
Maka pendek kata , usah lah Mahathir masuk campur isu pihak lain selagi Mahathir sendiri gagal menjelaskan tindak tanduk nya.
Kita juga faham satu cara hendak menutup semua hal ini ada lah dengan penjarakan Datuk Seri Najib Razak.
Ini kerana DSNR sahaja yang sering lontar hal hal ini dilaman Facebook nya tanpa ProMahathir mampu membidas.
Malah juak juak tua Mahathir seperti Kadir Jassin juga tutup ruang komen bila ramai rakyat main soalan yang sama.
Rumusan nya, Mahathir sepatutnya hentikan kan mainan “pot calling the kettle black” sebagai isu alihan.
Syarikat yang membawa ke untungan umpama angsa menelurkan emas dijual oleh Mahathir senang senang.
Elok sangat Mahathir tumpu kepada pengisytiharan harta keluarga yang masih ditangguh tangguh.