Buruh maut kereta terbabas rempuh pokok akasia

Oleh – Syeikh Baran


Buruh maut kereta terbabas rempuh pokok akasia
Keadaan sebuah kereta Proton Wira yang terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Kilometer 69, Jalan Gua Musang-Aring dekat Felda Aring 6, Gua Musang semalam.

Seorang buruh maut selepas kereta yang dia pandu terbabas sebelum berpusing dan merempuh sebatang pokok akasia di Kilometer 69, Jalan Gua Musang-Aring berdekatan Felda Aring 6, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.45 petang itu, mangsa, Muhammad Izzat Dunya, 20, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta Proton Wira dalam perjalanan dari arah Felda Aring 1 menghala ke Aring 8 di sini.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kanan jalan.

“Kereta tersebut kemudian melanggar pokok di tepi jalan menyebabkan mangsa (Muhammad Izzat) maut akibat kecederaan parah di kepala.

“Bahagian hadapan dan sisi kereta mangsa remuk,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button