Penunggang lawan arus cabut lari daripada polis

Oleh – Syeikh Baran


Penunggang lawan arus cabut lari daripada polis
Penunggang motosikal itu memandu di bahu kiri jalan dan tidak mengendahkan kenderaan-kenderaan lain yang meluncur laju di hadapannya. – Istimewa

Seorang penunggang motosikal nekad memandu melawan arus di sebuah lebuh raya selepas melarikan diri daripada sekatan polis, lapor portal berita Okezone semalam.

Kejadian berlaku di Plaza Tol MBZ, Karawang, dalam wilayah Jawa Barat.



Berdasarkan rakaman video yang tular, penunggang motosikal itu dilihat memandu di bahu kiri jalan dan tidak mengendahkan kenderaan  lain yang meluncur laju di hadapannya.

Ketua Polis Peronda Jalan Raya Tol Cikampek, Komisioner Polis Deny Yuda Hermawan berkata, lelaki itu sebelumnya ditahan di plaza tol Karawang Barat.

“Dia ditahan oleh anggota kami di plaza tol, namun melarikan diri dengan berpatah balik melawan arus. 

“Dia bagaimanapun sudah ditahan,” jelasnya.

Tambah Deny, penunggang motosikal tersebut juga  disaman bagi kesalahan berkaitan. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button