Euro 2024: Belanda ‘dianaktiri’ pengadil, VAR
Euro 2024: Belanda ‘dianaktiri’ pengadil, VAR
LEIPZIG – Pengendali Belanda, Ronald Koeman mengkritik keputusan pengadil yang membatalkan jaringan pasukan ketika seri 0-0 bertemu Perancis pada perlawanan Kumpulan D saingan Euro 2024 awal pagi semalam.
Pada perlawanan itu, skuad The Oranje berjaya meraih gol hasil jaringan Xavi Simons tetapi dibatalkan oleh pengadil, Anthony Taylor selepas melihat Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana Denzel Dumfries berada dalam kedudukan ofsaid.
Koeman berkata, Taylor telah melakukan kesilapan besar kerana Dumfries langsung tidak mengganggu penjaga gol Perancis, Mike Maignan dan jaringan Simons sepatutnya disahkan seperti biasa.
“Saya tidak menafikan posisi Dumfries berada dalam kedudukan ofsaid, namun dia langsung tidak menghalang penjaga gol lawan untuk menyelamatkan rembatan Simons. Saya rasa jaringan tersebut patut disahkan sahaja.
“Justeru, saya agak terkejut apabila pengadil mengambil masa hampir lima minit untuk melihat VAR dan kemudian dia bukan memberikan keputusan positif sebaliknya membatalkan gol terbabit,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PPBM Akan Berputih Mata Sekiranya YDP Dewan Rakyat Membuat Keputusan Bertentangan Dari Keputusan YDP DUN Kelantan
- Perlukah Perdana Menteri Yang Umumkan Penurunan Harga Telur
Bagaimanapun, Koeman mengakui keputusan seri tanpa jaringan lebih adil buat kedua-dua pasukan meskipun harapan untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik lebih awal tidak kesampaian.
“Walaupun saya rasa gol kami tidak patut dibatalkan, saya masih anggap seri keputusan yang lebih baik berdasarkan 90 minit perlawanan. Kami terpaksa bermain secara bertahan kerana Perancis adalah pasukan yang berkualiti,” katanya. – AGENSI
Euro 2024: Belanda ‘dianaktiri’ pengadil, VAR
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Usaha ‘Come Back’ Mahathir Sentiasa Gagal
- Sebelum Menyibuk Pasal MAHB, Mahathir Jawab Dulu Kenapa Jual IHH
- Presiden PPBM Arahkan PAS Supaya Tidak Bertanding Di DUN Nenggiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil