Haram ambil komisen lebih 4 peratus lepas kutip derma – UAI

Oleh – Syeikh Baran


Haram ambil komisen lebih 4 peratus lepas kutip derma – UAI
Ustaz Azhar berkata, kini ramai yang cuba kaut keuntungan mudah dengan berselindung di sebalik kutipan derma untuk masjid dan tahfiz.

Tindakan sesetengah individu mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil komisen ke atas kutipan derma adalah perbuatan haram.

Ini kerana menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, ketika ini ramai yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan berselindung di sebalik kutipan derma untuk masjid dan tahfiz, tetapi menyalahgunakan wang tersebut untuk kepentingan diri sendiri.



Azhar berkata, individu yang menjalankan aktiviti mengutip derma itu hanya dibolehkan mengambil upah tidak lebih empat peratus daripada jumlah kutipan diterima sahaja.

“Hanya dua atau hingga empat peratus sahaja dibenarkan syarak. Ini tidak, dapat derma RM100,000 untuk pondok, ambil untuk kita sahaja RM30,000.

“30 peratus yang diambil itu bukan kos pengurusan dah, biar kita ikhlas untuk menolong. Biar kita guna duit sendiri dan duit sumbangan untuk perkhidmatan.

“Apabila lama-kelamaan kita (kita mengambil duit sumbangan), kita akan lupa asal tujuan perbuatan kita (bantu surau atau masjid),” katanya pada sesi kuliah di sebuah masjid, baru-baru ini.



Mengulas lanjut, Azhar berkata, ramai ketika ini mudah lupa dan selesa menggunakan duit sumbangan orang ramai sehingga mampu menggajikan diri sendiri dan kakitangan dengan jumlah yang tinggi.

“Lama-lama jadi kaya macam tu ja (kaya hasil sumbangan orang ramai),” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button