83 individu ditahan babit kes judi atas talian

Oleh – Syeikh Baran


83 individu ditahan babit kes judi atas talian
Gambar Hiasan

Polis tidak menafikan wujud aktiviti perjudian atas talian di negeri yang dilakukan secara sembunyi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, walaupun kegiatan judi dilakukan secara sembunyi, pihak polis sentiasa membuat pemantauan dan melakukan tangkapan terhadap individu yang terbabit dalam kes itu.



Katanya, perjudian di negeri ini dijalankan secara dalam talian dan sebanyak 83 kes tangkapan dibuat bermula Januari sehingga hari ini.

“Siasatan ke berkenaan mengikut Seksyen 4(1) (C) serta Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan sebanyak 48 kes sudah dituduh di mahkamah.

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 163 kes tangkapan judi dibuat dan 99 kes dituduh di mahkamah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, aktiviti perjudian atas talian di negeri ini membabitkan individu yang dilakukan secara atas talian termasuk nombor ekor, sabung ayam dan sebagainya.



“Jika kita dapat maklumat kes judi ini, polis akan membuat risikan dan tangkapan terhadap mereka yang terbabit.

“Tindakan tegas ini diambil kerana kita risau kes perjudian ini akan berjangkit kepada golongan remaja. Justeru, polis mengambil tindakan segera untuk mengekang kejadian ini,” katanya.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button