Mati dipijak gajah melintas jalan

Oleh – Syeikh Baran


Mati dipijak gajah melintas jalan
Tangkap layar menunjukkan kawanan gajah sedang melintas jalan di sekitar Jambatan Budaya Maramba. – ZNBC

Seorang pelancong dari Amerika Syarikat tercampak keluar dari kenderaan sebelum dipijak hingga mati oleh seekor gajah di sebatang jalan di Zambia, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Juliana Gle Tourneau, 64, ketika kejadian sedang memerhatikan kawanan gajah melintas berhampiran Jambatan Budaya Maramba di bandar Livingstone, pada Rabu lalu. 



Salah seekor haiwan itu kemudian menyerang kenderaan dinaikinya, yang ketika itu sedang berhenti di tengah jalan.

“Mangsa meninggal dunia kira-kira pukul 5.50 petang (waktu tempatan) selepas dipijak oleh gajah di sekitar Jambatan Budaya Maramba,” kata Pesuruhjaya Polis Wilayah Selatan, Auxensio Daka.

Ia merupakan kematian kedua seumpamanya yang membabitkan pelancong di Zambia pada tahun ini.

Kejadian itu berlaku di kawasan yang diketahui sering menjadi laluan gajah, kata wartawan ZNBC, Angela Limwanya.



Pegawai tempatan berkata, populasi gajah dijangka meningkat di kawasan berpenduduk ketika haiwan itu mencari makanan di tengah-tengah musim kemarau. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button