Anthony Loke Dedahkan Pembohongan Tuan Ibrahim

PAS Boleh Berhenti Bermimpi Sertai Kerajaan

Anthony Loke Dedahkan Pembohongan Tuan Ibrahim

 

Jika sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, terperangkap kerana menipu mengenai kelayakan calon PN dalam pilihanraya kecil Sungai Bakap, Abidin Ismail.

Ketika mengumumkan kelayakan akademi Abidin, Tuan Ibrahim dengan angkuhnya berkata Abidin mempunyai Sijil ISO 14001.



Agak pelik juga bila Tuan Ibrahim menganggap Sijil ISO 14001 sebagai sijil pencapaian akademi.

Lebih pelik lagi bila sijil pengiktirafan yang hanya diberikan kepada syarikat boleh dimiliki oleh Abidin sebagai sijil pencapaian peribadi.

Jadi tidak salah bila netizen mempersoalkan, Abidin ini orang atau kilang…😂😂😂



Lebih menarik lagi dalam kempen pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap, Tuan Ibrahim berkata PAS tidak sekali-kali akan menyertai kerajaan.

Cara Tuan Ibrahim sembang betul-betul boleh bikin hati Muhyiddin bimbang.

Pemimpin PAS yang ada sekarang sememangnya dikenali sebagai penipu totok.

Setiap kali muncul atas pentas politik, mesti ada penipuan yang mereka ucapkan.



Mungkin mereka diserang penyakit kalau sehari tidak menipu, mereka akan sakit perut…🙇‍♂️🙇‍♂️🙇‍♂️

Jangan Marah Kalau Tuan Ibrahim Syok Sendiri

 

Cara Tuan Ibrahim bercakap, seolah-olah parti kerajaan yang memerintah sekarang bergolek-golek mahu menjemput PAS menyertai kerajaan.

Penulis tidak pasti sama ada Tuan Ibrahim ada mengalami masalah matematik.



Secara matematik, kerajaan sekarang sudah mempunyai 2/3 majoriti di Dewan Rakyat atau sokongan dari 148 ahli parlimen dari pelbagai parti.

Satu kedudukan yang cukup kukuh untuk membentuk kerajaan.

Setakat ada 43 kerusi parlimen, rasanya belum layak bagi PAS untuk merasakan kehadiran mereka di blok kerajaan sangat-sangat diperlukan…😂😂😂

Dari sudut sokongan politik, tidak mungkin Pakatan Harapan akan menyingkirkan DAP hanya kerana mahu memberi laluan kepada PAS.



Penyokong teras Pakatan Harapan datangnya dari pengundi bukan Melayu.

Menyingkir DAP hanya akan menyebabkan mereka kehilangan majoriti sokongan pengundi bukan Melayu.

Penulis melihat sokongan pengundi bukan Melayu kepada PAS bersifat bermusim.

Menjelang PRU 15, UMNO berpecah kerana proses pemutihan yang dibuat oleh UMNO.



Proses pemutihan UMNO sememangnya mesti dilakukan oleh UMNO kerana ianya ibarat barah.

Cuma ianya dilakukan terlalu hampir dengan PRU 15 dan UMNO tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyatukan kembali perpecahan dalaman.

Penulis yakin, sekiranya UMNO berjaya mengatasi perpecahan dalaman dan boleh menangani naratif yang dibuat oleh PN dengan baik, keputusan PRU 15 akan jauh lebih baik.

PAS dan PPBM akan kembali kepada kedudukan asal dengan hanya mempunyai kurang dari 20 kerusi parlimen.

Lebih Baik PAS Berhenti Dari Syok Sendiri

 

Lebih memalukan apabila Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mendedahkan pembohongan Tuan Ibrahim.

Menurut Anthony Loke, tidak timbul isu PAS dijemput untuk sertai kerajaan sekarang.

“Tidak, sebenarnya tak ada perbincangan soal PAS nak menyertai Kerajaan Perpaduan.”

“Mungkin saya rasa media telah salah erti apa yang dikatakan oleh Fahmi.”

“Fahmi kata banyak perbincangan.”

“Perbincangan itu antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.”

“Saya sendiri pun ada jumpa dengan pemimpin PAS, adakah saya jemput dia masuk Kerajaan Perpaduan?”

“Tidak, bukannya perbincangan pasal politik kita berjumpa.”

“Banyak perbincangan itu adalah bersifat G2G, iaitu antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,” jelas Anthony Loke.

Jadi PAS bolehlah berhenti bermimpi.

 

Anthony Loke Dedahkan Pembohongan Tuan Ibrahim

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button