Sukar untuk PAS selagi bersama Mahathir.

Oleh Adam Malik

Sukar untuk PAS selagi bersama Mahathir .

Seorang pemerhati dan penulis politik yang sangat terkenal baru baru ini menyatakan 3 tahun terlalu lama bagi PAS untuk terus menjadi pembangkang.



Ini kerana perjuangan PAS moden sudah tidak sama seperti PAS lama kata nya.

Perjuangan PAS moden perlukan dana yang sangat besar untuk melicinkan jentera dan gerak kerja PAS.

Ahli ahli PAS sudah pernah merasai nikmat wang demi pelinciran gerak kerja dan musabab untuk berkerja.



Tambah lagi pada PRU yang lalu PAS begitu mewah dan terdapat beberapa kes rasuah yang dikaitkan dengan PAS termasuk Presiden PAS sendiri.

Pendek kata tanpa wang yang banyak , PAS akan berkubur.

Selain itu dasar dan prinsip perjuangan parti PAS walaupun sekadar teori dan retorik , tetap tidak “match” dengan realiti selagi PAS ada bersama Tun Mahathir.

Mahathir yang sangat dibenci oleh orang Melayu sehingga hiiang deposit pada PRU16 masih bersama PAS.



Walaupun Mahathir cuba tidak lihat ketara yang pemimpin PAS akur kepadanya namun tetap juga diketahui rakyat.

Segala kenyataan dan ucapan pemimpin PAS berkaitan Islam tidak boleh dipercayai kerana ia sekadar umpan dan pancingan sahaja kerana diatas PAS ada Mahathir.

Mahathir ada lah beban dan ikon perpecahan umat Islam yang kini menunggang PAS.

Jika PAS menunggang agama Islam Mahathir pula menunggang PAS.



Ɓaru baru ini seorang pemimpin kerajaan menyatakan memang ada rundingan antara wakil PAS dan wakil kerajaan berkenaan PAS mahu kerjasama untuk bersama kerajaan.

Persoalan, untuk apa?

Bukankah kerajaan dikatakan tidak Islamik oleh penceramah PAS?

Atau, PAS akan khianati Mahathir dan Bersatu seperti yang mereka pernah khianati UMNU?



PAS berkedudukan seperti hari ini adalah atas kesombongan Muhyiddin dan Mahathir.

Walaupun PAS banyak kerusi , Allah tidak mendorong tindak tanduk PAS.

Akhir nya PAS menjadi Parti yang menang banyak tetapi berstatus pengemis dan berkedudukan setara Parti Gerakan didalam Perikatan Nasional.

PAS won every battle but lost the war.



“Beggars cannot choose” itu lah kedudukan PAS terkini.

Runding dengan siapa pun PAS akan sukar menyakin kan kerana rekod buruk PAS khianati kawan dan lebih buruk lagi bila yang berunding tahu dibelakang PAS ada Mahathir dan Muhyiddin.

PAS perlu “go solo” atau jauhkan diri dari Mahathir dan Muhyiddin terlebih dahulu untuk dilihat ada kesungguhan mahu berbuat baik.

Kedua mereka adalah jenama tercemar.

Muhyiddin miliki banyak kes rasuah, AMLA dan pecah amanah, sementara Mahathir ada banyak kes bersama Anwar,Zahid Halim Saad dan Pulau Batu Puteh.

PAS juga banyak kes rasuah di Perlis dan Kedah.

Maka, jika PAS mahu dilihat serius PAS perlu jaunkan diri dari bersama Mahathir dan Muhyiddin dengan segera.

Hari ini PAS masih lagi mendapat sokongan dari ahli taksub dan sedikit dari rakyat biasa.

Dipercayai apabila Pru16 rakyat biasa akan pinggirkan PAS kerana melihat PAS cakap tidak serupa bikin.

Ketika itu hasil kerja PAS sebagai kerajaan di empat negeri akan dipamirkan .

Sebagai pentadbir kepada empat negeri apa yang PAS telah laksanakan akan diadili oleh rakyat yang berfikir.

Jika PAS masih bersama dua biawak hidup, maka anggap lah PAS sudah tidak ada nilai lagi.

Kemenangan PAS dianggap ada lah kemenangan Mahathir.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button