Dapat petunjuk lokasi mayat dalam mimpi

Oleh – Syeikh Baran


Dapat petunjuk lokasi mayat dalam mimpi
Mayat mangsa ditemui di sebidang tanah terbiar. – Matichon

Sepasang suami isteri di wilayah Udon Thani mendakwa bahawa roh mangsa  kes pembunuhan muncul dalam mimpi dan memberi petunjuk tentang lokasi mayatnya disembunyikan, lapor laman berita Thaiger.

Areya Saengchart, 30 dan suaminya, Anumart Kajornkundate, 57, menemui mayat seorang lelaki dikenal pasti sebagai Damrong Phetsangharn pada Jumaat lalu.



Mereka  mencari kayu api di sebidang tanah terbiar sebelum melaporkan penemuan tersebut kepada balai polis setempat.

Menurut Areya, sebelum pergi ke lokasi tersebut, suaminya bermimpi mengenai bangkai seekor ular gergasi yang sudah mereput.

Kedua-dua mereka percaya bahawa ia merupakan petunjuk daripada roh mangsa supaya mencari mayatnya.

Tambah wanita tersebut, dia mengesan kehadiran bayang-bayang misteri yang menyerupai mangsa, melintas di hadapannya sebelum mayat lelaki itu ditemui.



Polis yang menyiasat kes itu percaya bahawa mangsa mati lebih empat minggu sebelum mayatnya ditemui.

Polis turut mengesyaki sebahagian badan mangsa dimakan oleh anjing atau haiwan lain selepas menemui kulit kepala dan rambut kira-kira 1 meter dari mayatnya.

Punca kematian masih disiasat selain polis mengesahkan bahawa tiada jejak ditemui atau tanda-tanda yang menunjukkan berlakunya pergelutan di lokasi itu. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button