Nur Nisa hilang dipercayai lari ikut teman lelaki

Oleh – Syeikh Baran


Nur Nisa hilang dipercayai lari ikut teman lelaki
Nur Nisa yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 12 tahun selepas dipercayai telah melarikan diri dengan teman lelaki, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada lelaki warga Myanmar yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kira-kira pukul 5.30 petang.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, lelaki berkenaan memaklumkan berlaku satu pergaduhan selepas menghantar anak perempuannya iaitu Nur Nisa nombor UNHCR 354-13C06027 ke kedai gunting rambut di Taman Megah di sini.

“Remaja yang memakai pakaian baju t-shirt dan jeans berwarna biru itu telah bertindak melarikan diri dengan seorang lelaki bangsa tidak dapat dipastikan menaiki kereta.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan orang hilang boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 03-7966 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button