Selepas Ini Semua Orang Boleh Jadi Pakar

Selepas Ini Semua Orang Boleh Jadi Pakar

Selepas Ini Semua Orang Boleh Jadi Pakar

 

Penulis tertarik membaca respon netizen mengenai pelantikan penyanyi Siti Nurhaliza sebagai sebagai pakar di Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCced).

Seperti biasa, fikrah manusia, tidak akan sependapat dalam sesuatu isu.



Ada yang tidak bersetuju dan tidak kurang pula yang mempertahankan pelantikan tersebut oleh Universiti Malaya.

Bagi yang tidak bersetuju mempersoalkan apakah kelayakan akademi yang dimiliki oleh Siti Nurhaliza hingga melayakkan beliau dilantik sebagai pakar.

Kerana menurut mereka, kalaun disemak kelayakan akademi Siti Nurhaliza, beliau hanya mempunyai sijil SPM pangkat 3.

Ada juga yang mendakwa tujuan UMCced melantik Siti Nurhaliza adalah supaya program tersebut mendapat sambutan dari anak muda.



Bagi yang mempertahankan pelantikan tersebut pula datang dengan hujah yang berbeza.

Mereka mendakwa gelaran pakar itu sebenarnya diberikan oleh Pusat Pendidikan Berterusan UM.

Atau nama singkatannya, UMCCed iaitu pusat pendidikan berterusan yang diasaskan oleh UM.

Ada perbezaan UM sebagai satu universiti terkemuka di Malaysia.



UMCced sebagai pusat akademik di bawah universiti itu sebagai perintis dalam konsep Pendidikan Sepanjang Hayat.

Ia menawarkan pelbagai program pendidikan dan latihan untuk individu di semua peringkat masyarakat sejak 1998.

Pro Dan Kontra Netizen

 

Ada pula yang berkata, ini masterclass bukan program diploma, ijazah atau sarjana.



Masterclass banyak diajar oleh pakar dalam industri.

Ada penulis (bukan ada ijazah penulisan), ada pengarah filem (tanpa ijazah perfileman), ada penceramah motivasi (tak ada ijazah psikologi pun).

Siti Nurhaliza dijemput untuk ajar seni vokal bukan ajar teknologi rakaman audio.

Pendapat yang lain pula berkata, kepakaran ilmu boleh dipelajari dari universiti dan kepakaran amali boleh ditimba dari universiti kehidupan.



Kedua-dua kepakaran ini penting dan menawarkan nilai signifikan tersendiri.

Dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat, simbiosis pendidikan formal dan pengalaman praktik mesti dipupuk dan dihayati, sedalam-dalamnya.

Pada pandangan penulis, Siti Nurhaliza sepatutnya ditawarkan jawatan tenaga pengajar dan bukannya pakar.

Kita pasti tidak mahu nanti ramai yang mendakwa diri mereka pakar hanya kerana mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam sesuatu bidang.



 

Selepas Ini Semua Orang Boleh Jadi Pakar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button