Tuan Ibrahim kerap sangat memalukan Ahli PAS, waktu terbaik untuk undur.

 

 

Oleh Adam Malik.



Tuan Ibrahim kerap sangat memalukan Ahli PAS, waktu terbaik untuk undur.

Intelektual dan cara berfikir Tuan Ibrahim Tuan Man kerap kali terlihat jangkal dan memalukan.

Bukan sahaja kenyataan politiknya sangat tidak masuk akal, bahkan kenyataan agama pun turut memalukan.

TITM sering memberi kenyataan secara pemimpin PAS yang lain juga seperti Sanusi Menteri Besar Kedah.



Nada ego, perasan diri lebih islamik dan juga tidak pernah bercakap dalam nada rendah diri, itu sememang “trademark” pemimpin PAS.

Pemimpin PAS terkenal dengan pembohongan mereka atas sebab konon nya mereka ada lah ahli PAS itu sahaja.

Dalam rumusan PAS mereka kata agama Islam merangkumi semua perkara, hatta menjadikan itu alasan untuk mereka kejar jawatan dunia sebagai wakil rakyat.

Tetapi jika tersepit apabila tidak dapat menjawab perkara berkaitan tugas wakil rakyat seperti membawa kesehjahteraan rakyat sebagai kerajaan dengan pembangunan prasarana untuk rakyat, mereka tanya pula hendak jalanraya atau hendak Islam?



Mereka juga ugut hendak air atau stesen bas atau hendak akhirat?

Begitu lah kuatnya mereka membelit.

Dalam satu nafas kata Islam adalah segala galanya, dalam nafas lain pula kata Islam hanya kejar akhirat sahaja.

Sebenar nya yang bermasalah ia lah Parti PAS.



Islam tidak bermasalah langsung.

Negara lain lebih ramai penganut Islam seperti Indonesia yang ada ratusan juta umat Islam, tapi langsung tiada Parti PAS.

Berkaitan Tuan Ibrahim Tuan Man, rasanya sudah tiba masa untuk beliau undur diri dari mengejar jawatan dunia.

Terlalu jelas kenyataan demi kenyataan nya melambang tahap intelektual beliau sendiri.



Kebelakangan ini ramai netizen tertawa dan perbodohkan ahli PAS kerana kenyataan yang dibuat oleh nya.

Para pelayar Medsos tertawakan kenyataan TITM berkenaan disel.

Cara cerita contoh dan perbandingan yang di bawa oleh TITM sungguh memalukan.

Langsung mengambarkan taraf intelektual nya (or lack of it).



Sebelum ini TITM memalukan penyokong PAS dengan kenyataan berkenaan calon PAS dan sijil ISO nya.

Individu hanya boleh berbangga jika ada terbabit dalam usaha kilang atau organisasi nya mahu perolehi sijil ISO,dan bukan individu memiliki sijil ISO.

Tapi , kerana kurang membaca dan tidak cuba hendak tahu, TITM tekah buat penguman yang memalukan.

Jika itu bukan hal berkaitan agama, satu hal, namun hal berkaitan agama pun TITM sudah ” flop”.

Hal agama yang konon bidang yang PAS rasa hebat dari pihak lain pun TiTM dilihat telah menipu dan khilaf dan carca marba.

Kenyataan TITM berubah ubah dan ikut sedap sama dengan Haji Hadi juga seolah olah Islam itu boleh dihukum ikut cuaca politik.

Jika calon yang tanding kerusi itu dari kandang PAS waima calon kafir maka fatwa PAS dan TITM adalah undi bukan untuk pilih calon menjadi imam solat.

Tetapi apabila calon itu bukan Islam dan bukan dari kandang PAS maka TITM soal adakah calon itu solat dan puasa?

Begitu lah berbelit nya fatwa PAS dan TITM .

Seperti dikata Islam bukan masalah, yang bermasalah adalah Parti PAS dan orang seperti TITM.

PAS harus segera ambil tindakan terhadap orang semacam TITM.

Sungguh memalukan kabilah PAS dengan kenyataan nya yang tidak cukup cerdik.

Kita khuatir orang bukan Islam sangka semua orang Islam semacam ahli PAS.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button