Zul Arifi didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja

Oleh – Syeikh Baran


Zul Arifi didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
Tangkap layar rakaman video individu mengacu pistol sewaktu memandu yang tular di media sosial pada 13 Jun lalu.

Seorang lelaki yang tular kerana mengacu pistol tiruan dan melarikan remaja lelaki dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd. Zul Arifi Mohd. Noor, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.



Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melarikan mangsa berusia 15 tahun dan mengurung remaja itu di sebuah kedai makan di bandar raya ini pada pukul 3.30 petang, 13 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd. Zul Arifi didakwa memiliki sepucuk pistol tiruan tanpa jenama di lokasi, masa dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 32(2) Akta Senjata Berbahaya 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun jika sabit kesalahan.



Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM16,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 25 Julai depan.

Kosmo! Online pada 13 Jun lalu melaporkan penduduk bandar raya ini gempar dengan penyebaran klip video berdurasi 37 saat yang memaparkan seorang individu mengacu pistol terhadap pengguna jalan lain sewaktu mahu membuat pusingan U di Batu Burok.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button