Empat suspek belasah ‘pak guard’ ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Empat suspek belasah ‘pak guard’ ditahan
Gambar Hiasan

Polis menahan empat daripada lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kes merusuh dan mencederakan pengawal keselamatan di sebuah kolej di sini pada 19 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, ia susulan tangkapan ke atas dua lagi suspek berusia 34 dan 40 tahun oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuching pada 22 Jun lalu di Jalan Penrissen, Padawan.



“Secara keseluruhan, kita menangkap empat suspek dan masih mengesan seorang lagi individu yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memberitahu, tiga daripada suspek itu memiliki rekod jenayah kekerasan, dadah dan judi dalam talian, manakala dua lagi positif methamphetamine dan amphetamine.

Ahsmon berkata, kesemua suspek sudah dituduh di Mahkamah Kuching hari ini di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button