3 warga emas antara dicekup sabung ayam

Oleh – Syeikh Baran


3 warga emas antara dicekup sabung ayam
Beberapa ekor ayam mati yang dirampas dalam serbuan ke atas satu aktiviti sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, Miri kelmarin.

Tiga warga emas berusia 61,62 dan 73 tahun antara tujuh orang yang ditangkap kerana menjalankan aktiviti sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 72 tahun itu dicekup dalam serbuan yang dijalankan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri, kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin.



“Pasukan serbuan turut merampas tiga ekor ayam sabung hidup, tujuh ekor ekor ayam sabung yang sudah mati dan satu alat penimbang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya kesemua suspek telah direman selama hari sehingga 26 Jun untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Veterinar Kesihatan Awam 1999.

Justeru, beliau menyarankan orang ramai untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan untuk perkongsian maklumat atau menghubungi talian 085-433730.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button