Warga Singapura dalang sindiket ‘kontena terbang’ ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Warga Singapura dalang sindiket ‘kontena terbang’ ditahan
Individu dipercayai dalang ‘kontena terbang’ warga Singapura dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi perintah reman pagi tadi. Foto Ihsan SPRM

Dalang warga Singapura disyaki memberi sogokan kepada pegawai penguat kuasa di Pelabuhan Klang, Selangor sehingga menyebabkan ketirisan cukai berjumlah RM3.5 juta berjaya ditangkap.

Suspek disyaki memberikan rasuah kepada pegawai sebagai balasan membantu melepaskan barang-barang yang diimport oleh syarikat miliknya agar tidak dikenakan cukai.



Menurut sumber, lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu ditangkap pada pukul 5 petang ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

Susulan penahanan itu, suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi dan dibenarkan direman selama enam hari sehingga 30 Jun ini.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan (rasuah) tersebut antara 2022 hingga 2024. Siasatan awal mendapati wang itu diberikan secara tunai kepada kesemua pegawai penguat kuasa.

“Sehingga kini dipercayai seramai 11 pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam sindiket ‘kontena terbang’ tersebut,” katanya hari ini.



Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) dan 17(a) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan SPRM menahan 17 individu termasuk 11 pegawai kastam bagi membantu siasatan kes rasuah yang melibatkan ketirisan berjumlah RM3.5 billion di Pelabuhan Klang baru-baru ini.

Turut ditahan enam pengarah dan pekerja syarikat termasuk seorang runner serta kekasihnya. Pihak berkuasa merampas wang tunai RM4.4 juta dipercayai diperoleh secara rasuah oleh pegawai kastam terlibat. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button