Mungkin Baru PH Faham Kenapa DS Najib Gunakan Khidmat APCO Worldwide

Mungkin Baru PH Faham Kenapa DS Najib Gunakan Khidmat APCO Worldwide

Mungkin Baru PH Faham Kenapa DS Najib Gunakan Khidmat APCO Worldwide

 

Pada tahun 2010, Kerajaan BN era DS Najib pernah dikecam hebat oleh pemimpin Pakatan Harapan kerana mengupah syarikat tempatan, Mind Teams untuk buat kerja komunikasi antarabangsa.

Ia bertujuan menaikkan imej negara di mata dunia.



Syarikt Mind Teams adalah syarikat yang bersekutu dengan syarikat APCO Worldwide yang bertapak di Amerika Syarikat.

APCO Worldwide pernah digunakan khidmatnya oleh kerajaan Israel.

Ketika itu DS Najib dikecam hebat oleh pemimpin Pakatan Harapan yang menjadi pembangkang.

Mereka menuduh, memberikan kontrak kepada syarikat Mind Teams adalah sama seperti memberikan kontrak kepada APCO Worldwide.



Dan memberikan kontrak kepada APCO Worldwide adalah sama seperti memberikan kontrak kepada Zionis Israel.

Kerajaan Barisan Nasional dituduh bersekongkol dengan Israel.

Malah mereka mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk siasat segera.

Pemimpin Pakatan Harapan mendakwa maklumat strategik negara telah terjejas dengan menggunakan khidmat firma komunikasi ini.



Sekarang pemimpin Pakatan Harapan buat keputusan menjual saham syarikat MAHB kepada BlackRock.

MAHB adalah syarikat yang menguruskan aset strategik negara dan mengawal pintu laluan masuk dan keluar negara.

Dan Blackrock sebuah syarikat yang terang-terang dinamakan oleh PBB sebagai syarikat mempelopori genosid ke atas penduduk Gaza.

Kita mengakui kekayaan BlackRock dan penguasaan mereka sebanyak 30% dari keseluruhan pegangan saham di dunia.



Untuk tidak berurusan dengan BlackRock sama sekali adalah sesuatu yang boleh dianggap mustahil.

Dengan peguasaan ekuiti sebanyak USD10 trilion dari USD30 trilion di serata dunia, BlackRock adalah deep state yang menjadi proksi Zionis Israel.

Sekiranya kita cuba merampas kesemua saham yang dimiliki BlackRock di dalam negara, impak ke atas ekonomi negara sudah pasti besar.

Namun begitu, ianya tidak bermaksud kita mesti tambahkan lagi penguasaan BlackRock ke atas negara kita.



 

Mungkin Baru PH Faham Kenapa DS Najib Gunakan Khidmat APCO Worldwide

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button