Geng TR: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

Oleh – Syeikh Baran


Geng TR: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Anggota polis mengawal ketat ahli Geng TR ketika dibawa untuk sebutan semula di Mahkamah Majistret Klang hari ini. Foto oleh Saddam Yusoff/ KOSMO!

Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan kes 20 lelaki yang didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng TR dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes yang dihadapi semua tertuduh.



Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail berkata, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 177A (1) Kanun Tatacara Jenayah.

“Prosiding hari ini ditetapkan bagi sebutan kes dan mendapatkan izin mengikut seksyen berkenaan bagi kesemua tertuduh. Pendakwaan memohon kes tersebut dipindahkan ke mahkamah tinggi,” katanya.

Sembilan peguam yang mewakili 16 tertuduh tidak membuat sebarang bantahan.

Namun, tarikh untuk kes itu disebut bagi perbicaraan di mahkamah tinggi belum diputuskan.



Kosmo! pada 29 Mei lalu melaporkan 20 lelaki itu dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan menjadi ahli Geng TR sejak lima tahun lalu.

Mereka iaitu N. Nithiyan, 39, S. Logan, 32, P. Parthipan, 32, M. Keshava Nair, 30, A. Balamurugan, 40, V.S. Wilbert, 46, M. Ramakrishnan, 45, R. E. Mohan, 34, M. Thanasekaran, 44, dan Edward Liew, 49.

Turut didakwa, S. Manoraj, 28, M. Amaran, 30; S. Hemanathan, 31, K. Thana Seelan; 38; K. Ravishankar, 43, Muhammad Razi Abdullah, 51, G. Deeneskumar, 29,
K. Venaigaraj, 32, A. Kogilan, 26, dan M. Tineshkumar, 26.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button