Padah simpan 3,503 liter diesel haram

Oleh – Syeikh Baran


Padah simpan 3,503 liter diesel haram
M.Stanly (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan memiliki diesel tanpa lesen sah, tahun lalu. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/ KOSMO!

Bekas pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki barangan kawalan berjadual iaitu 3,503 liter diesel tanpa lesen sah, tahun lalu.

Tertuduh, M. Stanly, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazni Nawi.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah ada dalam kawalannya minyak diesel sebanyak 3,503 liter di dalam sebuah lori tangki dalam keadaan menimbulkan syak yang munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan secara runcit minyak diesel tanpa suatu lesen yang sah.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 1.22 pagi dekat sebuah stesen minyak di Putra Nilai di Nilai pada 28 September tahun lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) akta yang sama.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Janawatul Fieza Hamisan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button