Tok Mat Ingatkan Putrajaya Supaya Berhati Hati Dalam Mengatur Lawatan Perdana Menteri Ke Luar Negara

Menteri Luar Negara, DS Mohamad Hasan (Tok Mat Hasan), mengingatkan agar Putrajaya lebih berhati-hati dalam mengatur lawatan rasmi perdana menteri ke luar negara.

Ini berikutan situasi geopolitik yang tidak menentu ketika ini.

Menurut Tok Mat Hasan, kita tidak mahu Malaysia di lihat condong ke mana-mana pihak atau blok.

Sebagai sebuah negara kecil, Malaysia perlu menjalin dan menjaga hubungan baik dengan semua pihak.

“Malaysia memang mempunyai hubungan yang baik dengan Rusia”.

“Tetapi dalam keadaan geopolitik yang begitu tak tentu arah sekarang ini, kehadiran lawatan perdana menteri perlu dirancang dengan baik.”

“Banyak jemputan kita terima, tetapi tidak boleh dapat terima jemputan, kita pergi.”

“Ini asas luar negara kita bukan sahaja diplomatik biasa, tapi diplomatik perdagangan.”

“Kita mahu bersahabat dengan semua.”

“Dan tidak mahu dilihat condong sangat kepada kanan dan kiri, diplomatik perdagangan jadi keutamaan,” jelas Tok Mat Hasan di Dewan Negara ketika menjawab soalan ahli parlimen Machang.

Pada penulis, ini adalah pandangan yang sangat bernas dari seorang pemimpin yang sangat bijak.

Sudah tentu sebagai negara kecil dari blok ketiga, kita tidak mampu menerima sebarang sekatan perdagangan ekoran dari dasar luar negara yang salah.

Lebih-lebih lagi, lebih 90% bekalan makanan negara kita masih lagi bergantung kepada  impot dari negara luar.

Tok Mat Ingatkan Putrajaya Supaya Berhati Hati Dalam Mengatur Lawatan Perdana Menteri Ke Luar Negara

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button