Dakwaan “U Turn” Tidak Benar, UMNO Utamakan Rakyat Dan Negara Bukan Politik
KUALA LUMPUR, 22 Okt – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan wujudnya mesyuarat selama empat jam sehingga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘u-turn” melakukan genjatan politik menerusi satu kenyataan media semalam.
Sambil menafikan perkara itu, Annuar juga berkata mesyuarat seperti yang didakwa berlaku itu juga tidak wujud.
“Laporan itu jelas tidak benar malah tidak wujud pun mesyuarat selama itu. Pertimbangan presiden UMNO mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan adalah keputusan beliau sendiri.
“Presiden dan UMNO memahami keutamaan adalah rakyat, apalagi bila membabitkan nyawa dan kesihatan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.
Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, tindakan Presiden UMNO itu tepat, apabila rakyat dan negara didahulukan, bukannya politik.
Negara di barat jelasnya lagi mengisytiharkan darurat, bagi menjamin kerajaan dapat tumpukan perhatian kepada Covid-19 dan keselamatan negara.
“Berbillion ringgit dana negara terpaksa digunakan dan negara boleh bankrap angkara Covid-19.
Mengganggu kestabilan perkara paling mudah. Tukar PM tidak menghapuskan virus ini. Malah pilihanraya juga tidak akan menyelamatkan rakyat malah boleh memporak perandakan lagi.
“Situasi kita ini luar biasa.Tiada rujukan kecuali melihat kepada pelbagai pendekatan dan menggubal preskripsi kita sendiri”, ujarnya.
Kerajaan tegas beliau perlukan kestabilan dan perlukan masa serta memerlukan bajet untuk membiayai pelbagai tindakan termasuk operasi melindungi nyawa rakyat.
Pada masa yang sama jelasnya lagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat persiapan menggubal SOP baru yang komprehensif sebelum boleh di dakan pilihanraya umum.
Malah tambah beliau PRK seperti di Batu Sapi yang wajib diadakan, patut tidak diadakan sehingga semuanya terkawal.
“Semua mudarat yang jelas ini wajib dielakkan. Sebenarnya kita sudah berada dalam darurat politik, darurat kesihatan, darurat ekonomi dan lain-lain. Apa ikhtiar kita untuk menyelamat ini semua?
“Justeru tindakan Presiden UMNO adalah tepat. Rakyat dan negara didahulukan, bukannya politik.
Malah kerajaan juga harus berani mencari ikhtiar secara bukan konvensional tetapi sebaliknya berfikir secara norma baru dan di luar kotak. Dahulukan rakyat,selamatkan negara!”, ujarnya. -UMNO Online
Relevankah Forensik Kertas Putih Apabila Menggunakan Perkataan “Kemungkinan “ Jika Ada”
Relevankah Forensik Kertas Putih Apabila Menggunakan Perkataan “Kemungkinan “ Jika Ada”