Sudah Hilang kredibiliti, Majlis Peguam sesuai untuk dibubar
Oleh Adam Malik
Sudah Hilang kredibiliti, Majlis Peguam sesuai untuk dibubar.
Untuk siapa dan ikut telunjuk siapa? Itu soalah yang ramai pihak bertanya mengenai Majlis Peguam (Bar Council)
Apa motif diwujudkan BC?
Tindak tanduk BC boleh dibaca dan semua rakyat tidak perlu belajar tinggi atau belajar undang undahg untuk meneka kearah mana BC akan menyokong sebelum pun wakil BC buka mulut.
BC seperti Parti PAS dan kepimpinan PAS.
Jika Parti PAS manipulasi agama Islam ikut cuaca politik, BC pula manipulasi undang undang ikut kehendak mereka.
Kepada Parti PAS apa yang haram hari ini esok boleh halal pula.
Apa yang haram untuk pihak lain esok lusa booeh jadi halal kepada PAS.
Banyak contoh untuk perkara sebegini telah terjadi dan boleh dijadikan contoh jika ahli PAS mahu persoalkan.
Sedangkan yang halal itu jelas yang haram itu jelas
Hal yang sama juga boleh dikatakan terhadap BC.
Mereka akan muncul pada isu isu tertentu ataupun pada “Selected issue”
Malah pendirian BC boleh diteka jika sesuatu isu itu tidak disukai oleh individi individu tertentu , maka BC pasti akan muncul dan turut sama membangkit isu yang sama sejajar kehendak individu itu.
Boleh juga diandaikan BC sekadar alat pihak tertentu sahaja.
Jika PAS jadi alat kepada pihak lain, ia masih boleh diterima kerana PAS tidak digolong sebagai badan intelektual.
Mudah sahaja Tun Mahathir dan Muhyiddin tunggang PAS walau banyak kerusi.
Pihak menang banyak kerusi sepatut jadi kerajaan,tapi PAS sekadar jadi alat kepada individu yang hilang deposit ditolak rakyat.
Itu lah taraf PAS setara Parti Gerakan dibawah Mahathir dan Muhyidd8n dan PAS sebaris bersama Parti Gerakan didalam Perikatan Nasional.
Berbalik kepada BC, mereka adalah badan yang tidak dipilih oleh rakyat, tetapi amat vokal bila muncul sesuatu isu ada kai5an politik.
Persidangan atau mesyuarat BC sendiri pun terkadang tidak mendapat sambutan dari ahli ahli nya sendiri.
Tentu rakyat masih ingat apabila banyak pihak menyokong dan bercadang mahu Hakim kontroversi Hakim Nazlan Ghazali disaran untuk dibicara kerada disiasat Suruhanjaya Penvegah Rasuah Malaysia.
Apabila seorang wanita protes dan mahu menghalang Hakim National Embbarrasment dari didakwa, segera BC ambil que darinya.
Wanita itu pula ada kaitan dengan seorang mendiang yang menguruskan kes Datuk Seri Najib Razak.
Kebetulan mendiang juga adalah balaci seorang tua yang berpengaruh , maka “put two and two together” boleh lah meneka siapa dibelakang ini semua.
Paling mengelikan hati rakyat diperbodohkan dengan alasan Hakim rasuah dihalang didakwa atas sebab “Separation of Powers”.
Seronok lah dapat lindung sebegini.
Apa kaitan “rasuah hakim” dengan “Separation of powers” pun kita tidak faham, sedangkan isu induk ada lah ” did the act took place?”. Rasuah atau tidak?
Untuk maklumat, Pihak pembela DSNR sudah pun miliki dokumen soal jawap SPRM dengan hakim itu dan itu lah “bukti baru” tetapi ditolak oleh mahkamah.
Artikel ini ditulis sempana kekalahan memalukan BC dimahkamah berkaitan kes DNNA Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara songsang yang dilakukan oleh BC.
Dari awal kes sudah diberi gambaran sama seperti kes DSNR, bahawa sudah bersalah dan hanya menunggu untuk dihukum.
Namun ia tidak menjadi bahkan kes DAZH sudah awal awal bocor maklumat dan memo pejabat Timbalan AG “tiada cukup bukti untuk diteruskan”.
Maka mungkin seperti kanak kanak hilang permainan, maka BC meronta ronta mahu DAZH tetap dakwa dan jika boleh dipenjara terus.
Pada era Menteri Undang Undang Nazri Aziz pernah ada cadangan membentuk satu lagi badan umpama BC,ini kerana banyak pihak berpendapat BC sudah hilang kredibiliti dan dilihat condong pada parti tertentu.
Imej BCyang sama masih kekal sehingga hari ini.
BC dilihat syok sendiri dan sudah hilang tujuan dan ramai juga bertanya untuk siapa BC berbakti?1