Wanita ‘mengamuk’ hunus pisau minta akaun bank tidak dibekukan
Oleh – Syeikh Baran
Seorang wanita mengugut pekerja sebuah bank dengan pisau dapur dan menuntut supaya pembekuan akaunnya ditarik balik serta-merta, lapr portal berita Pattaya Mail hari ini.
Insiden berlaku semalam di sebuah bank yang terletak di dalam pusat beli-belah di Pattaya Utara. Kejadian itu mencetuskan ketakutan dan panik dalam kalangan kakitangan dan pelanggan lain.
Suspek yang dikenali sebagai Kanjanathat, masuk ke berkenaan dan meletakkan pisau pemotong besar di atas meja seorang juruwang dengan cara mengancam.
Pekerja bank terbabit berkata, semasa dia melayani pelanggan lain, Kanjanathat duduk dekat denganya.
Wanita itu menyerahkan buku simpanan dan meminta akaunnya tidak dibekukan. Suspek kemudian menghunus pisau dan mengancam pekerja itu.
Kamera keselamatan merakam kejadian itu dengan jelas.
Susulan ancaman itu, polis menahan Kanjanathat dan membawanya ke Balai Polis Pattaya untuk siasatan lanjut.
Punca akaun bank suspek dibekukan masih tidak diketahui. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE